CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ogy Ahmad Daud Turun Ilmu, Harap Ada Yang Teruskan Legasinya

4-2-2021 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4654| Komen: 23

Sudah berulangkali pelakon, pengarah dan penerbit, Fauziah Ahmad Daud menjelaskan pekerjaan sebagai pelakon bukannya senang.

Baginya, tidak mudah untuk menzahirkan lakonan berjiwa dan boleh dirasai oleh penonton.


Justeru, ini mendorongnya menganjurkan bengkel lakonan bagi membolehkan pelakon sedia ada serta mereka yang berminat menjadi pelakon menimba ilmu terutama dalam aspek menzahirkan emosi.


Foto: Harian Metro

"Dah lama saya buat bengkel sebegini dan selepas itu berhenti seketika. Sekarang ramai minta dan saya cuba buat dalam bentuk norma baharu iaitu secara 'online'.

"Saya kini tampil dengan Bengkel Asas Seni Lakon yang dianjurkan pada 7 Februari nanti. Kelas dalam bentuk dua sesi ini iaitu 10 pagi hingga 11 pagi dan 3 petang hingga 4 petang berkenaan akan berlangsung menerusi Google Meet.


"Bayaran dikenakan cuma RM50, manakala jumlah peserta untuk setiap sesi hanya dihadkan seramai 25 individu sahaja," katanya.

Mengimbas kembali bengkel anjurannya sebelum ini, ia dihadiri oleh ramai penggiat industri antaranya Mira Filzah, Siti Saleha, Tasha Shila, Syafie Naswip, Shaheizy Sam, Ayda Jebat, Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar dan ramai lagi.

Menurutnya, secara asasnya pembelajaran dibuat dalam banyak siri dan dia tidak boleh menghabiskannya dalam tempoh satu jam sahaja.

"Matlamat saya, bukan hanya untuk berkongsi ilmu tetapi ramai yang saya tengok tidak memahami kraf seni lakon menjadi orang seni.

"Macamana nak menghargai bakat untuk anda terus bertahan, sebabnya orang yang ada ilmu dan ada isi, kolam rasanya lain.

"Jadi mereka perlu memahamkan dan memberi kefahaman tentang apa itu kolam rasa dan proses untuk menjadi seorang insan seni," katanya.


Foto: IG

Ogy, 58, berkata, dia mahu mengajar bagaimana seseorang pelakon itu meneroka bakat, emosi dan intonasi serta penghayatan.

"Mereka kena belajar bagaimana bermain dengan situasi, bermain dengan ruang dan macam mana nak pegang panggung.

"Banyak yang perlu dididik untuk mereka yang benar-benar serius untuk membabitkan diri dalam bidang seni.

"Saya berniat nak melihat ada yang meneruskan legasi saya.

Ogy tidak menafikan pensyarah sudah memberikan yang terbaik untuk berkongsi ilmu, namun pendekatannya mungkin berbeza.

"Ia pasti lain bila mendapat seorang tenaga pengajar yang sudah melalui perjalanan sebagai seorang insan seni selama empat dekad.

"Serta insan seni yang turun padang mempraktikkan apa yang saya sendiri belajar dan melaluinya dengan pengalaman.

"Menerusi pengamatan saya melahirkan modul ini, penyampaiannya akan berbeza bila saya berkongsi ilmu ini," katanya.


Foto: IG

Berkongsi perkembangan terbaharunya pula, Ogy kini masih terbabit dengan penggambaran drama Diva Popular sebanyak 20 episod.

"InsyaAllah ada juga tawaran lain akan. menyusul. Alhamdulillah, rezeki. Tapi, saya kena selesaikan drama ini dahulu," katanya.

Sehubungan itu, info lanjut mengenai Bengkel Asas Seni Lakon berkenaan turut dikongsikan Ogy di media sosialnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 4-2-2021 08:59 AM
Legacy suka berhutang tp xnak bayar hutang ke setannnnnnnnn??

Aku pula tolong sound utk org-org yg dia belum bayar hutang tu

Quote jerukkedondong 4-2-2021 09:09 AM
MontanaHannah replied at 4-2-2021 08:59 AM
Legacy suka berhutang tp xnak bayar hutang ke setannnnnnnnn??

Aku pula tolong sound utk org-org y ...

Dik Hanna pagi lagi dah mencarut...dah sarapan ke belum
Quote Tinot7 4-2-2021 09:11 AM
japss.. isu hutang apecer?
Quote MontanaHannah 4-2-2021 09:38 AM
jerukkedondong replied at 4-2-2021 09:09 AM
Dik Hanna pagi lagi dah mencarut...dah sarapan ke belum

Ya , aku dha sarapan ..Alhamdulillah
Ko sudah sarapan ke jeruk ??makan apa tu ...???

muahhhh sikit pagi-pagi ni...happy booster untuk semua.....
Quote sokmogitu 4-2-2021 09:40 AM
dia ni bangga cakap dia dah hampir habis bayar krew teater tu, tp dia dah lupa ke hutang2 lama dia? ramai kot mangsa yang buat diam.
Quote anony-mous 4-2-2021 09:52 AM
sokmogitu replied at 4-2-2021 09:40 AM
dia ni bangga cakap dia dah hampir habis bayar krew teater tu, tp dia dah lupa ke hutang2 lama dia?  ...

Lah sblm krew teater tu mmg she rajin berhutang ke uols?
Quote Mulotkoyak 4-2-2021 12:01 PM
Tgk karakter die yg sombong... Jd tawar hati tgk sume citer dia ni.  Xabih2 dgn anak primadona. Bongkak dgn anugerah die.  Erra and umie rilex je dpt lebih dr 10 anugerah dr dia.   
Quote wirazam 4-2-2021 12:12 PM
patutnya dia ni apply jadi tenaga pengajar kat aswara...
Quote Redmyvi 4-2-2021 01:03 PM
Aku lagi suka lakonan adik ogy , fazlina tu.. ogy ni mcm over.. dia sndiri yg perasan primadona..
Quote Incanto 4-2-2021 01:31 PM
sesiapa yg daftar utk kursus ni boleh buat bayaran terus kat aloy

25 x RM50...boleh  settle hutang Ogy
Quote Adeakukesah11 4-2-2021 01:32 PM
Hutang dh settle belom?
Quote minguk 4-2-2021 02:18 PM
dia berlakon pun emmmmmmmm
Quote belilies 4-2-2021 02:20 PM
Edited by belilies at 4-2-2021 02:21 PM

Peserta retis yg ikut tu sorg je xkayu and memang bakat atas diri dia sendiri. Ogy tak layak pun ambik kredit talent que. yang lain tu kayu kayan terapung atas selat melaka jurrr
Quote Daftpunk_shine 4-2-2021 04:03 PM
What legacy? Legacy artis berhutang...? Legacy primadona syok sendiri dibuai kenangan masa lalu?
Quote dudaberhias 4-2-2021 05:15 PM
ilmu apa? ilmu berhutang lepastu senyap?
atau ilmu menang anugerah beberapa kerat kemudian jadi angkuh sombong dan mencanang anugerah sama tu sampai ke mampos?

pakej suka jerit2 dekat produksi...
jadi juri af pun menjerit2... macam dia yang paling sedap menyanyi.. kan dah cashhh sekarang ni...
Quote September14 4-2-2021 05:16 PM
Artis yg kurang disenangi

Next
Quote Ain_h 7-2-2021 12:55 AM
Semoga bermanfaat
Quote sleepandream 7-2-2021 10:49 AM
makcik ni serupa mas idayu jah...
cakap bajet bagus tapi sendiri perform kelaut
Quote Mawar91 7-2-2021 11:08 AM
Meols tertanya ape kes diva AA lega bile heols lega dpt tau x de satu scene Ngan sheols ni dlm drama pengantin popular kot?ade kes hutang jugakah?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052116 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top