CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kosmetik Dibancuh Dalam Jamban Rumah, Dicemari Air Kencing Tikus Dan Najis Manusia

11-2-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13349| Komen: 128

Kuala Lumpur: Pernahkah terfikir produk kecantikan dan kosmetik dicalit pada wajah setiap hari dicemari air kencing tikus, najis manusia, bakteria berbahaya, logam berat, kimia serta racun berjadual.


Kewujudan kandungan menjijikkan ini berpunca kaedah 'cincai' penghasilan produk kecantikan palsu dilakukan tanpa pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) atau dibancuh di dalam tandas rumah.

Kredit foto: Harian Metro

Jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, lambakan produk kosmetik palsu membabitkan ratusan jenama pelik mudah diperolehi di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, produk ini dipercayai dibawa masuk atau diseludup dari negara jiran selain diiklankan secara agresif di media sosial serta laman beli-belah dalam talian.


Ia membabitkan pelbagai produk krim wajah, losen, gincu, pembayang mata, bedak asas, sabun muka, toner dan masker (topeng muka).

"Ujian makmal dilakukan termasuk badan kesihatan antarabangsa mendapati kebanyakan produk kecantikan dan kosmetik palsu di pasaran dicemari kotoran dan berbahaya untuk kesihatan.

"Kebiasaan kosmetik timbang kilo ini dihasilkan tanpa mengutamakan aspek kebersihan serta dicampurkan pelbagai bahan meragukan...yang jelas ia dihasilkan tanpa penyelidikan dan analisis makmal," katanya.

"Kebiasaannya kosmetik atau produk kecantikan tulen perlu melalui ujian kelayakan dan piawai ketat bagi memastikan keselamatannya pada pengguna. Berbeza dengan produk tiruan, ia biasanya dihasilkan atau dibancuh di dalam stor, garaj, dapur atau lokasi menjijikkan.

"Ini menyebabkan kotoran atau bakteria di lokasi pembuatan mencemari kandungan kosmetik," katanya.

Menurutnya, situasi ini amat membimbangkan bagi pengamal perubatan dan penyelidik di negara ini.


Kesan penggunaan, Kredit foto: Harian Metro

"Berdasarkan statistik pada tahun ini, KKM di bawah Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPRA) mengesan lebih 100 produk kosmetik berbahaya yang terdapat di pasaran tempatan. Produk ini diarahkan untuk dikeluarkan dari pasaran kerana mengandungi bahan terlarang dan racun berjadual dilarang KKM," katanya.

Dia berkata, wajah pengguna menjadi korban apabila kombinasi kandungan berbahaya dan unsur kotor di dalam produk kosmetik ini merosakkan kulit muka.

"Biasanya kosmetik atau produk kecantikan berbahaya ini menyebabkan wajah kegatalan, tumbuh jerawat, menggelupas dan melepuh, muncul tompok hitam jeragat dan akhirnya merebak hingga merosakkan kulit tubuh.

"Dalam banyak kes dilaporkan, mangsa mendakwa kulit wajah mereka membengkak dan berasa perit terbakar kesan produk digunakan. Ini termasuk produk cetak rompak Indonesia dipanggil kosmetik abal-abal.

Kredit foto: Harian Metro

"Sehingga kini, krim siang dan malam dicemari kimia hydroquinone dan popular sejak awal 2000 bebas dijual hingga menyebabkan ribuan kulit wanita terbakar selain tompokan hangus," katanya.

Selain itu kebanyakan kosmetik dikesan dicemari kimia berat merkuri yang membahayakan sistem saraf, sistem imun tubuh, merosakkan mata, paru-paru dan ginjal.

"Malah, kimia berbahaya lain seperti arsenik, tretinoin dan betamethasone 17-valerate turut digunakan secara meluas di dalam kosmetik seperti eyeliner, maskara, lip gloss atau bedak alas muka palsu," katanya.

Menurutnya, isu ini ibarat tiada penyelesaian apabila rata-rata pengguna mudah diperdaya melalui 'perang' harga terendah selain pelbagai tuntutan palsu.

"Wanita yang menjadi mangsa adalah mereka yang cepat percaya, suka mencuba dan mahu mendapat kulit putih mulus serta awet muda.

"Tidak salah kelihatan cantik namun pastikan produk diambil mendapat kelulusan KKM," katanya.

Menurutnya, wanita wajar berwaspada dengan produk kosmetik atau kecantikan dijual melalui platform beli-belah dalam talian apatah lagi jika harganya lebih murah berbanding produk tulen.

"Yang jelas, semua produk kecantikan perlu berdaftar berikutan penjualan dan pengedaran produk ini tertakhluk di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

Urat hijau di kaki, muka bertompok hitam

Kredit foto: Harian Metro

"Saya idamkan kulit putih persis artis K-Pop... sebalik muka ini ditumbuhi tompok persis kurap...malah saya takut melihat diri di cermin," ujar mangsa produk kecantikan beracun yang hanya mahu dikenali sebagai, Ila, 31.

Dia yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran terpaksa berbelanja hampir RM5,000 bagi memulihkan wajahnya yang rosak kesan produk memutihkan wajah mengandungi kimia merkuri dan hydroquinone.

"Semuanya bermula apabila saya membeli set kecantikan membabitkan masker, toner, sabun muka dan krim siang malam melalui laman beli belah dalam talian.

"Saya hanya memikirkan perubahan segera pada wajah tanpa memikirkan kandungan bahan dalam produk, Penjual produk itu mendakwa penggunaan secara berterusan mampu memutihkan kulit wajah. Malah, review di YouTube menyebabkan saya yakin produk itu selamat," kata ibu dua anak itu.

Namun menurutnya, kesan putih diharapkan hanya bertahan tiga bulan sebelum mukanya ditumbuhi tompok hitam jeragat dan jerawat.

"Malah, urat hijau pada kaki turut timbul mendadak menyebabkan saya panik. Saya malu ke tempat kerja dan terpaksa memakai bedak asas muka yang tebal untuk menutup kecacatan wajah.

"Saya tambah tertekan bila anak tidak lagi berani mencium pipi, malah suami kerap menyalahkan saya sebagai punca masalah itu," katanya.

Menurutnya, atas nasihat rakan, dia bertemu doktor pakar dermatologi di sebuah hospital swasta di Ampang untuk memulihkan wajahnya selepas didakwa mengalami jangkitan bakteria dan alahan.

"Wajah saya pulih sedikit demi sedikit selepas berhenti menggunakan produk berkenaan. Alhamdulillah, selepas beberapa sesi rawatan, kulit muka saya kembali pulih," ujarnya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-2-2021 12:39 PM
Nak cantik tapi last2 dpt penyakit...pengusaha kosmetik pula ambil kesempatan terhadap manusia2 yg obses pada kecantikan ni....
Quote noor2 11-2-2021 12:42 PM
Pengusaha2 yg jual product kecantikan ni aku tengok muka dan badan x de la lawa....tapi ramai je orang yg beli produk depa...mcm vida mcm badak air tu...sajat yg buat pembedahan muka dan badan tu pun juga ramai yg percaya...beli..
Quote stinger.baik 11-2-2021 12:45 PM
i wan i wan i wan i wancu

muah muah muah muah muah

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote primarikey 11-2-2021 12:48 PM
Padan la muka sape yg suka guna produk timbang kilo tu..
Quote notM 11-2-2021 12:52 PM
X pernah guna pun....

Quote pakupayung21 11-2-2021 12:53 PM
yg beli produk timbang kilo ni bodow ke?
aku rasa harga xde la murah sgt
Quote husie91 11-2-2021 12:55 PM
Please reveal product brand apaaaaa
Quote DayangKirana 11-2-2021 01:02 PM
yg huntong sape?
founder product timbang kilo..
founder la sangat..
Quote Abam_Leh 11-2-2021 01:04 PM
Patut kementerian berkenaan iklankan besor besor biar terpampang muka depan akhbar


List satu satu produk founder tolol ni yg tak ada kelulusan


Perluaskan info tentang bahaya produk timbang kati camni


Ni apooo, tepi highway berlambak iklan bak cendawan tumbuh lepas hujan


Quote akies 11-2-2021 01:10 PM
Huhu..apsal la korang ni boleh terpedaya dgn kosmetik timbang kilo ni.
Tak paham betul
Quote jfq 11-2-2021 01:11 PM
Adoi gelinya tgk kulit balakang tu
Quote kuzaime 11-2-2021 01:16 PM
Dah bertahun2 ada aje aku jumpa iklan kat fb, promote krim2, sabun, serum bagai. Semua mmg timbang kilo. Mai dr thai sana. Seller sah2 lah claim smua tu high quality. Boleh siap2 packing @ packing sendiri n letak sticker jenama sendiri. Sebab tu market mcm2 produk yg ntah apa2 banyakkkk sgt. Nama ajelah lain2, kalau tgk semua -+ sama. Krim malam, siang, kunyit, toner, serum n sabun
Quote misc 11-2-2021 01:17 PM
Bodo la sapa yg beli produk timbang kilo ni. Kat watson guardian byk je yg branded dan murah.
Quote stinger.baik 11-2-2021 01:18 PM
primarikey replied at 11-2-2021 12:48 PM
Padan la muka sape yg suka guna produk timbang kilo tu..

sapot bisnes kawan

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote MadameOnion 11-2-2021 01:20 PM
ada documetary kat netflix pasal ni...ada sapa2 tau tajuk dia plsssssss
Quote slyfynx 11-2-2021 01:28 PM
Bijik.
Terus phobia aku tgk blkg bdn berkuping2 tu.
Haish
Quote Supersirap 11-2-2021 01:32 PM
Lepas ni beli lah barangan make-up anda di kedai sephora, watson, sasa, guardian dan sebagainya.
Quote chinta89 11-2-2021 01:39 PM
noor2: Pengusaha2 yg jual product kecantikan ni aku tengok muka dan badan x de la lawa....tapi ramai je orang yg beli produk depa...mcm vida mcm badak air tu ...


Nk buat mcmna kuasa marketing menjadi, kebodohan pembeli x blh disangkal dan nutizen yg nk nmpk kerlasss sb pakai produk org yg ada 'nama' yg dikenali

"aku pakai produk tok bida" aaagitu nk bermegah si pemakai kat kawan n keluarga mcm dia sorang la yg up to date
Quote haruslah 11-2-2021 01:39 PM
Taksub dgn putih

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048996 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top