NEW YORK: Seorang bakal bapa maut selepas peranti yang sedang dipasang untuk parti 'gender reveal', meletup. Christopher Pekny, 28, sedang memasang peranti itu di garaj rumahnya di Liberty, utara New York, bersama adiknya pada pagi Ahad ketika ia tiba-tiba meletup.
Adiknya, Michael Pekny, 27, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. Polis yang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi Ahad dan mengesahkan Pekny maut di tempat kejadian. Parti 'gender reveal' menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini, di mana ia menjadi tempat untuk ibu bapa mendedahkan jantina bayi mereka kepada rakan dan keluarga.
Punca peranti itu meletup masih dalam siasatan, kata jurucakap polis, Steven Nevel. Peranti itu, menurut Nevel, merupakan sejenis paip tetapi sifat bahan peledaknya belum diketahui. Canon confetti adalah peralatan yang sering digunakan dalam majlis seumpama ini, bagaimanapun tidak dijelaskan jika ia adalah peranti yang digunakan mangsa. Belum ada sebarang tangkapan membabitkan insiden itu buat masa ini. "Alat itu tidak bertujuan untuk menyakiti sesiapa. Ia sejenis alat untuk parti yang biasa," kata Nevel. -CARI Sumber: wani
|
ADVERTISEMENT