CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vaksin jejas nilai kekayaan bilionair sarung tangan

24-2-2021 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1401| Komen: 7



SINGAPURA: Pandemik COVID-19 menjana nilai kekayaan yang besar kepada pengasas syarikat yang terbabit dalam industri penjagaan kesihatan.

Kini, sebahagiannya mula terkesan. Sebagai contoh, Seegene Inc, pengeluar kit ujian COVID-19 dan Alteogen Inc, firma bioteknologi dengan teknologi suntikan subkutan.

Pengasasnya menjadi bilionair apabila saham syarikat terbabit melonjak tahun lalu.

Dalam masa beberapa bulan selepas pelaksanaan vaksin, mereka kehilangan gelaran itu selepas saham berkaitan menjunam lebih daripada 41 peratus, demikian menurut Bloomberg Billionaires Index.

Cerita sama berlaku kepada pengeluar sarung tangan getah di Malaysia, yang mempunyai sekurang-kurangnya lima bilionair industri pada Ogos lalu apabila krisis kesihatan melonjakkan permintaan bagi peralatan perlidungan.


Di sebalik peningkatan semula sementara semasa kerancakan urus niaga pelabur runcit bulan lalu, saham syarikat terbabit merosot sekurang-kurangnya 40 peratus sejak mencecah paras tertinggi, sekali gus melenyapkan lebih AS$9 bilion (RM36.3 bilion) nilai bersih pengasas masing-masing.

Pengeluar sarung tangan, yang kebanyakannya berpangkalan di Malaysia, menjadi fokus jualan singkat sebaik saja sekatan ke atasnya dimansuhkan awal tahun ini.

Urus niaga pelabur runcit diinspirasikan daripada Reddit yang melonjakkan harga sahamnya pada Januari terbukti hanya bersifat sementara.

Hampir AS$2.2 bilion (RM8.9 bilion) 'lenyap' daripada nilai kekayaan pengasas Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai dan keluarganya sejak Oktober lalu.

Kekayaan pengasas Supermax Corp, Stanley Thai Kim Sim; pengasas Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon; dan pengasas Kossan Rubber Industries Bhd, Tan Sri Lim Kuang Sia masing-masing merosot lebih daripada AS$1.2 bilion (RM4.85 bilion).

Manakala, pengasas Riverstone Holdings Ltd, Wong Teek Son tidak lagi menjadi sebahagian daripada kelab 10 angka.

Beberapa firma penjagaan kesihatan dan bioteknologi China yang menghasilkan beberapa bilionair baharu selepas penularan pandemik itu juga terkesan, termasuk Allmed Medical Products Co, oengeluar produk kain kasa dan pelitup pembedahan, serta Guangzhou Wondfo Biotech Co.

Sebahagian daripada golongan ultra-kaya ini mengambil peluang daripada ketidaktentuan pasaran.

Keluarga Lim daripada Top Glove membeli hampir AS$23 juta (RM92.9 juta) saham sejak awal Disember lalu apabila harga sahamnya jatuh, sekali gus mengukuhkan kawalan mereka ke atas syarikat itu.

Sementara itu, pengasas Kossan Rubber membeli kira-kira AS$4.9 juta (RM19.8 juta) saham selepas beliau dan keluarganya meraih keuntungan lebih AS$128 juta (RM517 juta) dengan menjual sebahagian pegangan mereka Ogos lalu.



Sumber - BeritaHarian

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 24-2-2021 01:08 PM
ok la tu.dh merasa untung berkali ganda masa covid. skrg turn sektor lain pulak utk bangkit. begitu la keadaan ekonomi mmg dinamik, ada masa naik ada masa turun
Quote helicornia 24-2-2021 01:09 PM
ok la tu.dh merasa untung berkali ganda masa covid. skrg turn sektor lain pulak utk bangkit. begitu la keadaan ekonomi mmg dinamik, ada masa naik ada masa turun
Quote kucingitam 24-2-2021 01:49 PM
aku tak paham kenapa vaksin boleh jejas pengeluaran sarung tangan. suntik vaksin tak pakai gloves? lepas ada vaksin, hospital semua tk pakai gloves?
Quote Mulotkoyak 24-2-2021 02:09 PM
So kesian la pekerja diorg yg berhempas pulas tahun lepas xdpt bonus kebabom...Ak lg pelik penoreh getah tetap jugak gji cmtu. Walhal ko boleh plak kaya raya yee.
Mohon persatuan penoreh getah (PPGeT) memberi sepatah dua kata.
Quote Mulotkoyak 24-2-2021 02:18 PM
So kesian la pekerja diorg yg berhempas pulas tahun lepas xdpt bonus kebabom...Ak lg pelik penoreh getah tetap jugak gji cmtu. Walhal ko boleh plak kaya raya yee.
Mohon persatuan penoreh getah (PPGeT) memberi sepatah dua kata.
Quote Skuau 24-2-2021 02:27 PM
teringat 1 drama melayu taun 90-an dlu......doktor vs anak vs pembuat batu nesan......@ penyelamat vs waris vs buat batu nesan.
Quote putput 24-2-2021 05:25 PM
time lonjakan harga tu la time sesuai jual saham. dah masuk poket pon

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066821 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top