CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bintang TikTok Hilang Hak Jagaan Anak Kerana Bertatu, Berambut Hijau

6-3-2021 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3962| Komen: 14

Personaliti media sosial Arab Saudi ini hilang hak penjagaan anak kerana didakwa memiliki penampilan yang tidak sesuai untuk seorang ibu.

Refa Al-Yemi yang popular di platform Snapchat dan TikTok dinafikan hak penjagaan terhadap empat anak selepas suaminya memaklumkan kepada mahkamah bahawa wanita itu tidak layak kerana bertatu dan mewarnakan rambut menjadi hijau.



Kredit foto: Daily Star/Newsflash

Refa yang juga jurulatih kecergasan menjadi tarikan di media sosial kerana sering berkongsi tip kesihatan dan kecantikan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Refa pernah diculik dipercayai oleh ahli keluarganya kerana didakwa memalukan mereka.

Dilaporkan dia diculik dari rumahnya di sini dan wujud kebimbangan dia mungkin menjadi korban kepada 'pembunuhan terhormat', hingga khabar angin itu bertebaran Twitter dengan tanda pagar #IsRefaKilled? serta menarik perhatian aktivis.


Siasatan polis kemudian mendedahkan penahanan empat lelaki di dalam kereta yang dikaitkan dengan kes itu, manakala Refa selamat dan dalam jagaan khidmat sosial.

Bagaimanapun, aktivis hak asasi manusia, Lina Alhathloul menulis di Twitter dengan menuduh polis melayani Refa secara buruk.

"Refa adalah seorang wanita yang berdikari. Ahli keluarga lelakinya tidak suka dan menculiknya. Dia dijumpai polis dan berbanding diselamatkan, dia sebenarnya diletakkan di rumah jagaan yang seperti penjara," ciapnya seperti dilapor Daily Star.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Punat_button 6-3-2021 03:47 PM
Bercukurlah abam Jad tidak lahir di ereb Saudik...

Quote rajamoney 6-3-2021 04:16 PM
korang leh tengok sndiri

mat2 bontot penyokong gay2 pondan2 pedo medo memedo ni dlm thread2 psl masa depan kanak2

diorang mana nk citer psl nasib anak2 tu

mesti citer psl ikon pujaan diorang

fakta da kata minah ni sibuk ngn tik tok drpd jaga anak

habis anak terbiau kalau dpt mak cam ni

fon bejahit kt tangan 24 jam mcm joyah2 bod gosip citer

ibu mestilah menjadi ikon contoh yg baik kepada anak2

betul tak?

who should i give my love to my respect and my honor to? who should i give good mind to after Allah and Rasulullah?

Who next? your MOTHER!!!!
Quote husna_amal 6-3-2021 04:25 PM
Islam ke dia ni? Style dah macam amareka.
Quote notM 6-3-2021 05:31 PM
Mula2 pelik...tengok muka macam minah France...rupanya duduk Negara Arab Saudi..no wonderlah.

Arab Musta'ribah ni sebenarnya jiwa diorg France sebab tu tiap tahun datang Malaysia perempuan diorg menangis kat Airport bila nak balik ke Saudi
Quote FOTHER-MUCKER 6-3-2021 06:18 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-3-2021 02:19 AM

Cantik warna rambut dia.

Konon chimp sekor tu punyalah nak tunjuk cerdik sanggup kopipes lyrics lagu yusop islam!
Quote angelofish 6-3-2021 06:20 PM
dia bertatu rambut hijau.abis laki dia rupa macam mana? bukan kah isteri itu cerminan suami? tak kan masa mula kawen tak kenal bini macam mana
Quote Belibis 6-3-2021 08:04 PM
Punat_button: Bercukurlah abam Jad tidak lahir di ereb Saudik...

Yaa..kalau tak bercukur,tentu dah berjanggut dan berjambang.{:smile
Quote kakikuDibibirmu 6-3-2021 08:07 PM
And then your father
Quote Tinot7 6-3-2021 08:49 PM
Ni ke yg dikatakan mak ko ijo?
Quote belilies 6-3-2021 10:29 PM
Bila baca kes culik dia ni tiber tringat kes anak pm/presiden dubai yg diclaim dikurung oleh familynya sendiri. Kwn dia minta bantuan kat hak asasi manusia
Quote CikYaYaYa 7-3-2021 01:26 AM
Nak tau jugak mcm mana ruperr ex laki nya iteww.. Ke masa kahwin minah nie sopan jer leoas kawin bru jadik mcm nie
Quote dudaberhias 7-3-2021 01:40 AM
Nak kata apa memang tak sesuai pun rhoper gitu dan nak dye rambut hitam balik berapa ringgit je dik. Be smart, nafsu or lifestyle kemudian.
Quote Dovahkiin 7-3-2021 07:29 AM
Nak bertatu, rambut mak kau ijau bagai tu sukati dia, tapi bila da kata bintang tiktok tak bole nak berhunuszon, most probably jenis abaikan anak2 & suami, telefon berjahit kat tangan.
Quote Jorja 7-3-2021 10:25 AM
Rambut tu macam nak celebrate mardi gras

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.049691 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top