|
Kerap membuat perkongsian dalam media sosial miliknya bersama pendakwah dan penyanyi Syed Iqmal, Ryan Deedat menepis dakwaan kononnya dia menumpang populariti rakannya itu.
Ryan atau nama sebenarnya, Sheikh Eamir Deedat, 29, menjelaskan, terpulang kepada masyarakat untuk membuat penilaian tersendiri, namun dia ikhlas berkawan dengan Syed biarpun lelaki itu dilanda kontroversi pada tahun lalu. “Saya dan Syed mula rapat tahun lalu, namun erti persahabatan bukan diukur dengan tempoh perkenalan sebaliknya keikhlasan ketika berkawan. Saya sejujurnya ikhlas berkawan dan mahu memberi motivasi untuk menaikkan semangat rakan yang memerlukan sokongan. “Syed memerlukan masa untuk berehat daripada media sosial untuk beberapa tempoh, namun kini dia kembali bangkit dengan semangat sebagai penghargaan buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya,” kata Ryan kepada Kosmo! Online.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.502239 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.