CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jual Selipar Muslim Friendly Pula, Tunggang Selagi Boleh"- Netizen

7-4-2021 08:53 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 91648| Komen: 636|Original author: Oleh: Cari Azza







"Muslim friendly tuuu.. Menunggang selagi boleh."



Belum habis reda kontroversi Langkawi, sekali lagi selebriti Neelofa menggemparkan media sosial dengan mengeluarkan selipar mesra muslim.

Berkolobrasi bersama jenama selipar antarabangsa, pengantin baru tersebut dilihat selesa apabila memperkenalkan produk selipar yang seolah-olah mempunyai kaitan dengan agama.


Foto : Twitter

Dengan rekaan yang didakwa anti licin, selipar tersebut sangat sesuai digunakan oleh umat Islam. Hal inilah yang membuatkan netizen berasa marah. Sudahlah membawa imej muslim, produk pun mahu tunggang agama?


Foto : IG Story

Lalu, berbondong-bondong komen yang mengkritik dan juga menyindir Neelofa.



Foto : Twitter

Terdahulu, netizen juga mengkritik aksi suaminya, PU Riz bersugi di dalam kereta lalu dikongsikan di media sosial. Persoalannya, mengapa perlu berkongsi dengan orang ramai? Kan dah jadi umpatan.


Foto : IG Story

Tetapi kritiklah macam mana sekalipun, ramai peminat tegar yang akan membeli produk mereka. Jadi, bila nak habis cerita macam ni? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-4-2021 08:56 AM
Dahsyat2 cara manusia nak dapatkan duit, walaupun hidup tu sudah senang lenang.

Ni bukan tuju pada owner selipar atau lopak je, ramai businessmen2 lain lagi2 founder tumbuh macam cendawan tu buat macamni. Termasuk si terlajak laris, mesti semua ingat dia dah suci padahal dulu2 kekayaan dia tu hasil dari jual jus oren 30 juzuk quran lah, segala produk dia nak 30 juzuk quran. Duk tunggang agama dari dulu lagi.
Quote tuttt 7-4-2021 08:59 AM
Kalau mcm ni mmg penuh thread ko jela jah
Quote ais_kosong 7-4-2021 09:02 AM
Aku jadi terus xberminat nak beli kalau jenis promote mcm ni.
Unless ada cap Jakim aku setuju. Tak boleh ke jual produk tu tanpa perlu mengaitkan agama
or status melayu/bumiputera. Kau promote ja kehebatan produk kau.
Quote Aneem 7-4-2021 09:08 AM
Kat shopee melambak selipar cmtu..
Baru 7.90..
Yg mana beli produk laki bini isim ni mmg bebal berlapis2..
Quote sarah82 7-4-2021 09:09 AM
Jap.. Habis tu kalau aku x berselipar masa ambik wudhu.. Wudhu aku tak sah ka?

Lepas tu selipar jepun hat warna putih dan berat tu bukan anti slip ka? Aku dok pakai masuk bilik ayaq dulu tak pernah pulak tergolek..
Quote sarah82 7-4-2021 09:11 AM
ais_kosong replied at 7-4-2021 09:02 AM
Aku jadi terus xberminat nak beli kalau jenis promote mcm ni.
Unless ada cap Jakim aku setuju. Tak  ...

Walaupun dlm ni.. Ramai kutuk Melayu.. Kutuk BMF.. Tapi suka atau tidak.. Depa terpaksa telan kenyataan nak laku keras kena jual Melayu dan Islam.
Quote testly 7-4-2021 09:11 AM
Tu fipper slip on women punya kan... Color dia cantik2...
Quote Kadaisaku 7-4-2021 09:12 AM
Jah selama ni kau pakai bag christian dior, kasut selipar christian dior tu pun tak muslim friendly. Yg selipar gajah ni senang2 je ko cop dia muslim friendly. So yg kafir takleh pakai la ?

Ke bilaa pakai selipar ni tiber jadi alimmm?

Quote Kadaisaku 7-4-2021 09:12 AM
Baik ko cop je wudhuk friendly. So takdalah nk cetuskan benak kepala wotak kitorang ni hahahaha
Quote Pak.dolla 7-4-2021 09:14 AM
Dpt duit selipar nnt dia beli kasut tongkol mahal2, tukang beli dpt apa kayakan org kaya angkuh ni
Quote Vignette 7-4-2021 09:17 AM
Jadi seliper jepun aku tu tak Muslim friendly la walaupun dah bertapak lama di kakiku
Quote puanbintang 7-4-2021 09:22 AM
banyaknya thread makcik ni..ingat dah berumahtangga aman damai mengulit laki, kurangkan kontroversi...menjadi2 pulaknya
Quote bulalof 7-4-2021 09:25 AM
semua benda nak 'di islamisasi kan'.

Quote umbut 7-4-2021 09:26 AM
Tunggang selagi boleh tunggang... zaman sekarang ni kena jual agama baru laku barang2.. baru muslim beli
Quote Harley_Quinn 7-4-2021 09:32 AM
Pasni apa lg yg nk ditunggang?
Quote aechae 7-4-2021 09:32 AM
Iols pakai crocs jahhh....xda cop muslim frenly
Quote HoneyManjer 7-4-2021 09:32 AM
kejadah muslim friendly??
pe maksud nak sampaikan...
boleh pakai selipar tu bawak semayang ke? boleh pegi tawaf pakai selipar dia tu?
seriously lofa...
SERIOUSLY!
aku tgk ko dgn Rizalman sama je MO, gunakan Islam, berbondong bondong la org sapot...
Quote nipskacang 7-4-2021 09:34 AM
Aku malu betul dgn non muslim sebab org mcm ni. Sama lah malu nya bile ade org buat servis doa kat mekah . Like seriously ppl cant take muslims seriously lah klau mcm ni. Ni bukan innovative. This is just dowmright ridiculous on top of being a religion rider of course
Quote suka2 7-4-2021 09:37 AM
ais_kosong replied at 7-4-2021 09:02 AM
Aku jadi terus xberminat nak beli kalau jenis promote mcm ni.
Unless ada cap Jakim aku setuju. Tak  ...

Kena la tunggang agama dan bangsa baru boleh tekan harga gila2.

Lihat semua komen(636)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102540 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top