"Muslim friendly tuuu.. Menunggang selagi boleh."
Belum habis reda kontroversi Langkawi, sekali lagi selebriti Neelofa menggemparkan media sosial dengan mengeluarkan selipar mesra muslim.
Berkolobrasi bersama jenama selipar antarabangsa, pengantin baru tersebut dilihat selesa apabila memperkenalkan produk selipar yang seolah-olah mempunyai kaitan dengan agama.
Foto : Twitter
Dengan rekaan yang didakwa anti licin, selipar tersebut sangat sesuai digunakan oleh umat Islam. Hal inilah yang membuatkan netizen berasa marah. Sudahlah membawa imej muslim, produk pun mahu tunggang agama?
Foto : IG Story
Lalu, berbondong-bondong komen yang mengkritik dan juga menyindir Neelofa.
Foto : Twitter
Terdahulu, netizen juga mengkritik aksi suaminya, PU Riz bersugi di dalam kereta lalu dikongsikan di media sosial. Persoalannya, mengapa perlu berkongsi dengan orang ramai? Kan dah jadi umpatan.
Foto : IG Story
Tetapi kritiklah macam mana sekalipun, ramai peminat tegar yang akan membeli produk mereka. Jadi, bila nak habis cerita macam ni? - CARI
|