CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamil Lapan Bulan, Ain Edruce Masih Belum Tahu Jantina Bayi

10-4-2021 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3185| Komen: 10

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil lapan bulan mengakui masih belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan itu.

Ain, 30, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, setiap kali membuat pemeriksaan dan imbasan, bayi dalam kandungan 'menyorok'.



Foto: IG

"Setiap kali buat pemeriksaan kesihatan, bayi saya sangat 'pemalu'. Susah betul saya nak tengok muka. Buat pemeriksaan 3D pun, memang tak boleh tengok, dia asyik menyorok saja. Doktor selalu cakap anak saya pemalu, tapi doktor mungkin lupa saya tak pemalu. Mungkin ikut bapa dia.

"Memang susah sangat nak tengok. Itu yang saya tak sabar nak bersalin dan tengok wajah bayi. Jantina pun tak tahu, bukan tak nak beritahu, tapi memang tak nampak. Seronok juga tak tunjuk jantina, sebab orang sekeliling saling berteka-teki lelaki atau perempuan. Macam-macam orang buat spekulasi lebih-lebih lagi kalau tengok perut saya," katanya kepada Harian Metro.


Ain yang menjadi tetamu jemputan pada rakaman program Melodi Raya 2021 bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa berkata, dia dijangka bersalin pada 22 Mei ini.



Dalam masa sama, Ain yang pernah berlakon dalam drama Camelia berharap dapat melahirkan anak secara normal.

"Sekarang usia kandungan sudah lapan bulan dan saya sangat gementar, Insya-Allah bulan depan bersalin. Doktor kata dalam 22 Mei, tapi saya menjangkakan lebih awal dari itu. Perasaannya sangat takut. Saya jumpa ramai kawan yang baru bersalin dan tanya perasaan dan pendapat mereka secara pembedahan atau normal.



"Ini kerana ramai cakap akan sakit, tapi saya tidak tahu apa perasaan sebab tidak pernah ada pengalaman bersalin. Walaupun takut, tapi teruja juga sebab nak tengok bayi macam mana. Tak sabar nak tengok muka macam mana.

"Kalau boleh nak cuba bersalin normal. Sebab lepas saya bersalin nanti dan tamat tempoh berpantang, saya terus masuk penggambaran JKK musim terbaharu. Kalau dapat bersalin normal senanglah saya nak jaga. Orang kata normal lebih senang sembuh jika dibandingkan dengan pembedahan," katanya.




Ain dan suami berkahwin pada 13 Disember 2019 dan mengumumkan kehamilannya pada 29 November tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-4-2021 10:02 AM
Taniya
Janji.lepas baby tu keluar...
Quote eely_shana 10-4-2021 10:03 AM
Tahniah ain dan suami
Quote SayaSayangMama 10-4-2021 04:35 PM
Mcm xcaya je artis bersalin normal tanpa guna happydural. Kos baru 1k. Apa la nk banding sgt dgn kesakitan yg ada. Daku yg xkayo pun xpernah bersalin tanpa happydural hehehe.
Quote kiah_mai_pulak 10-4-2021 04:58 PM
tak lama dh nk meletup tu
Quote Masukkeluar 10-4-2021 05:04 PM
xde perasaan sungguh muka laki dia..lol.
Quote Lylyna 10-4-2021 05:34 PM
Semoga semuanya dipermudahkan
Quote dua_chzy 10-4-2021 08:22 PM
Ya hampon Mighul muka ngkau memang kejung eh.
Quote Sazida 10-4-2021 10:04 PM
yg penting muka laki ko mesti ada kt anak kau. selesai.
Quote Dodod 10-4-2021 10:13 PM
lebih baik bersalin normal dan xpyh ubat tahan sakit bagai. belajar je cara pernafasan yg betul xde la rasa sakit sgt masa contraction. iols masa 1st ambik ubat tahan sakit pnya la lama siap tertidur. yg 2nd siap boleh tahan sakit dr kl ke ipoh. sampai ipoh terus bersalin.. huhu
Quote doubleA 11-4-2021 02:49 AM
Bila nak dekat2 due neves tapi tak sabar nak deliver makin excited nak jumpa baby. Btw tengok perut dan seri ain iols nak speku girl. Suka2 jah speku. Sebab selalu boy dari awal obvious jantina.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.300345 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top