CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rekha Bongkar Rahsia, Pernah Ditampar Jaya Bachan

13-4-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3565| Komen: 5

Pelakon senior, Rekha membuat pendedahan pernah ditampar aktres, Jaya Bachchan yang juga isteri kepada aktor tersohor, Amitabh Bachchan, 40 tahun lalu.

Menerusi satu temu bual dalam rancangan Indian Idol baru-baru ini, aktres berusia 66 tahun itu mengakui, hubungannya dengan Amitabh menjadi sangat rapat ketika mereka membintangi filem berjudul Do Anjaane pada 1976.

Keserasian mereka menyebabkan peminat mahukan kedua-dua mereka menjadi pasangan sebenar dalam dunia realiti walaupun hakikatnya Amitabh sudahpun berkahwin dengan Jaya.

Menyedari perkara tersebut, Jaya telah meminta penerbit filem, Ram Balram untuk menggugurkan nama Rekha, namun permintaan itu tidak dilayan.

Foto: Kosmo

Suatu hari, Jaya telah muncul di set penggambaran dan mendapati suaminya sedang berbisik-bisik dengan Rekha sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan menampar aktres tersebut di hadapan kru filem.

Rekha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mukesh Aggarwal pada tahun 1990, namun suaminya membunuh diri selepas beberapa bulan berkahwin kerana mengalami masalah mental. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 13-4-2021 02:45 PM
Bukan open secret ke dia ni sampai skrg ngan amitabh lagi..
Quote sarah_ary2 13-4-2021 02:59 PM
becir replied at 13-4-2021 02:45 PM
Bukan open secret ke dia ni sampai skrg ngan amitabh lagi..

Seriouslah?? Rekha nie sedih kot jalan hidup dia mak dia pun mistress pada Gemini Ganesan suami dia pulak bunuh diri lepas kahwin
Quote Zaien 13-4-2021 03:41 PM
Kesian dia...
Quote Plain-tif 13-4-2021 03:55 PM
Exotic muka nek Rekha
Quote helicornia 13-4-2021 05:23 PM
aku ingat rekha ni mmg tk pernah kawin.kesian la  kt dia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.031993 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top