|
Pelakon senior, Rekha membuat pendedahan pernah ditampar aktres, Jaya Bachchan yang juga isteri kepada aktor tersohor, Amitabh Bachchan, 40 tahun lalu.
Menerusi satu temu bual dalam rancangan Indian Idol baru-baru ini, aktres berusia 66 tahun itu mengakui, hubungannya dengan Amitabh menjadi sangat rapat ketika mereka membintangi filem berjudul Do Anjaane pada 1976.
Keserasian mereka menyebabkan peminat mahukan kedua-dua mereka menjadi pasangan sebenar dalam dunia realiti walaupun hakikatnya Amitabh sudahpun berkahwin dengan Jaya.
Menyedari perkara tersebut, Jaya telah meminta penerbit filem, Ram Balram untuk menggugurkan nama Rekha, namun permintaan itu tidak dilayan.
Foto: Kosmo
Suatu hari, Jaya telah muncul di set penggambaran dan mendapati suaminya sedang berbisik-bisik dengan Rekha sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan menampar aktres tersebut di hadapan kru filem.
Rekha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mukesh Aggarwal pada tahun 1990, namun suaminya membunuh diri selepas beberapa bulan berkahwin kerana mengalami masalah mental. -CARI
Sumber: Kosmo |
|