Isu membuang sampah merata-rata bagai tidak berkesudahan. Sudah banyak kali disuarakan, namun masih ada segelintir masyarakat membuang sampah di tepi jalan. Terbaru, Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah meluahkan rasa kesal selepas melihat pemandu sebuah kereta di hadapannya melempar pelitup muka di tepi jalan. Katanya, ketika kejadian dia sedang menghantar anaknya ke sekolah. "Benda-benda macam ni sakitkan hati saya!!!" tulisnya di ruangan kapsyen bersama sebuah video.
|
ADVERTISEMENT