Isu membuang sampah merata-rata bagai tidak berkesudahan. Sudah banyak kali disuarakan, namun masih ada segelintir masyarakat membuang sampah di tepi jalan.
Kredit foto: IG
Terbaru, Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah meluahkan rasa kesal selepas melihat pemandu sebuah kereta di hadapannya melempar pelitup muka di tepi jalan.
Katanya, ketika kejadian dia sedang menghantar anaknya ke sekolah.
"Benda-benda macam ni sakitkan hati saya!!!" tulisnya di ruangan kapsyen bersama sebuah video.
Kelihatan pengacara itu betul-betul marah dengan kejadian berkenaan kerana menurutnya, anak-anak sudah diberi pendedahan mengenai mata pelajaran sivik dan cara penjagaan alam sekitar namun, masyarakat sendiri menayang sikap tidak baik ini.
Betullah kata Mat Dan, dah tahun 2021 tapi mentaliti kebanyakan masyarakat masih 'mentaliti mundur'.
Itu baru pelitup muka, belum lagi lampin bayi dan pelbagai sampah lain yang tidak sepatutnya dilempar dari tingkap kereta. - CARI
|