Kemunculan sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen gara-gara menyinggung sensitiviti umat Islam.
Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam. Iklan tersebut mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya. Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube. Namun, hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube. Bagaimanapun di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan selamba syarikat berkenaan yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.
"Sukar nak percaya macam mana syarikat buat iklan raya. Atau memang ramai Muslim yang main (judi)? "Korang tak kaya main benda ni, yang kaya cuma tauke perangai macam ni. Korang terduduk termenung gaduh dengan suami isteri duit tak cukup sebab kalah judi. "Pelakon yang ambil job pun satu hal," demikian antara komen netizen. Video: YouTube Firdausjalil Apakah pihak berkuasa tidak peka dengan iklan seumpama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, sekali gus promosi itu menghina agama Islam. Sesungguhnya hal-hal berkaitan keagamaan adalah aspek yang begitu sensitif dan perlu mendapat perhatian semua pihak bagi tidak menyinggung mana-mana pihak. Sumber: mStar
|
salmon-suki: Baru taw ke ramai je melayu muslim main judi.. islam sebab lahir kt negara "islam" n sbb Islam agama rasmi sini tp perangai lg kafir drpd kafir{:s ...
nazzse: Sapa pelakon2 tu. Famous ke?
chandrahusin replied at 16-4-2021 09:05 AM
nmpak perkataan cuci tu
selalu je ada kat fb Rani Kulop
psl cuci2 tu
axl_bach replied at 16-4-2021 09:25 AM
Tgk kat wasap group member2 aku pun byk dok sembang lawak masuk 10 cuci 200.....aku haram x faham ...
ADVERTISEMENT