Sebaik mengambil alih pentadbiran daripada tangan Pakatan Harapan (PH), pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) nampaknya tidak lari daripada dilingkari kontroversi, Pengguna Twitter termasuk individu berpengaruh dalam politik sepakat mewujudkan tanda pagar #KerajaanGagal gara-gara kecewa akan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan tidak cekap mengendali isu seperti Covid-19 dan ekonomi negara.
Tanda pagar itu menjadi trending bermula awal pagi semalam dan sehingga kini sejumlah 150,000 ciapan telah menggunakan tanda pagar itu. Menurut MalaysiaKini, ia muncul ketika kerajaan dilihat gagal menangani penularan Covid-19 dengan kes harian kekal empat digit sejak bermulanya gelombang ketiga September tahun lalu yang mana ia juga dikaitkan dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah sebelum ini. Malah, tanda pagar #KerajaanGagal digunakan dalam ciapan pengguna Twitter sebagai sindiran kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas dia menyatakan bahawa kerajaan kini kekurangan wang kerana telah berbelanja lebih RM600 juta menerusi Belanjawan 2021. Selain itu, penggunaan tanda pagar #KerajaanGagal turut merujuk pada isu peningkatan harga barang, gaji rendah, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikatakan bersifat dua darjat, selain proses vaksinasi yang didakwa agak perlahan. Bukan sekadar jadual suntikan disusun secara agak kelam kabut, pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 juga disifatkan gagal memberi keutamaan kepada golongan yang lebih berisiko. Malah peningkatan kes Covid-19 walaupun darurat telah dilaksanakan dilihat turut membangkitkan amarah rakyat kerana ia membawa halangan kepada masyarakat untuk pulang ke kampung, menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Bagai menuang minyak tanah dalam api, pelantikan timbalan menteri pelancongan dan seni budaya hari ini turut menambah kemarahan orang ramai. Benarkah pentadbiran negara dikepalai #KerajaanGagal seperti didakwa atau rakyat yang sebenarnya terlalu beremosi dek berdepan situasi ekonomi membimbangkan tatkala krisis pandemik Covid-19? - CARI |
annehuda replied at 17-4-2021 12:00 PM
Kalau dak2 twidder ni sama taraf ngan dak tiktok je. Tapi dak twidder lg teruk la sbb acah acah woke ...
tobobon replied at 17-4-2021 10:38 PM
lain kali undilah org yg betul..bukan undi yg muka sama jer..alasan undi sebab depa bagi duit.... pa ...
bobo_beck replied at 19-4-2021 09:42 AM
pada aku kerajaan n pembangkang sama2 GAGAL... dua kali 5... dr PRU sampai nak PRU balik xabis nk re ...
Ciktiekus replied at 18-4-2021 09:35 AM
Kalau tgk citer 18 puasa kat astro 1st ade scene man rajalawak (pembantu setan kot watak die dlm tu) ...
dess402 replied at 19-4-2021 10:02 AM
Kalau dsai macamana ??
axl_bach replied at 19-4-2021 11:03 AM
Nk bagi kat si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata tu? Baik bagi kat Abah Mahiaddin, ku ...
ADVERTISEMENT