Naim Daniel menerusi ciapannya di Twitter menyindir ahli politik, menteri khususnya yang menghabiskan wang rakyat demi kepentingan diri. Meletakkan dirinya sebagai rakyat, penyanyi dan pelakon itu berkata dia melihat pelbagai perubahan dialami Malaysia sejak dilanda pandemik Covid-19 tahun lalu. "Kita nampak perubahan ketara, ada baik buruknya kepada rakyat terutama mereka yang betul-betul terkesan sehingga terpaksa melakukan dua atau tiga kerja untuk meneruskan kehidupan. Malah, hingga ada yang terkorban nyawa seperti penghantar makanan misalnya," katanya kepada Gempak. Naim bagaimanapun, menjelaskan bahawa dia tidak 'pukul rata' kenyataannya itu terhadap mana-mana pihak secara khusus. "Sebagai rakyat, kita punya suara untuk apa yang berlaku. Tapi saya tidak pukul rata mana-mana pihak, namun kita tahu siapa yang lakukan tugas atau siapa yang melakukan tugas sambil lewa. Ini soal tanggungjawab. "Apa yang saya tulis itu adalah dari hati seorang rakyat. Suka atau tidak, kita semua sedar apa yang berlaku sekarang ini kesannya akan dirasa rakyat," ujarnya. Katanya, rakyat tidak akan sembarangan meluahkan perasaan kalau mereka tidak merasakannya. - CARI
|
dudaberhias replied at 18-4-2021 01:52 PM
Lepasni berterusan la gomen tak sampai sepenggal kat malaysia ni best kita dapat tukar gomen tiap2 ...
GigaMom replied at 18-4-2021 04:52 PM
Yg aku sakit hati sgt ni
Sekolah buka
Parlimen x buka2
otai_g replied at 18-4-2021 02:12 PM
Masalahnya mmg btl gov ni x bleh pki. Aku rs kalo menteri btl2 gentleman, ltk jwtn secara terhormat. ...
tagas replied at 18-4-2021 03:19 PM
dok diam2 la retis
sejak wujud socmed fb twitter bagai
GigaMom replied at 18-4-2021 04:52 PM
Yg aku sakit hati sgt ni
Sekolah buka
Parlimen x buka2
ADVERTISEMENT