CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Puasa Ke, Raya Haji, Raya Cina Atau Deepavali..." - Mona Allen Dapat 'Offer' Iklan Judi!

19-4-2021 05:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3786| Komen: 8

Ketika isu video muzik (MV) iklan raya mempromosikan judi secara atas talian menjadi perbualan hangat netizen, rupa-rupanya ada lagi selebriti lain yang turut menerima tawaran pengiklanan hampir serupa.


Mendedahkan mengenai perkara itu, pelakon Mona Allen memberitahu dia pernah dihubungi oleh ejen syarikat judi yang mahu bekerjasama dengannya di laman sosial, baru-baru ini.


Kredit foto: IG Mona

Tidak tertarik dengan tawaran individu berkenaan, Mona, 36, menolak kerjasama itu kerana bertentangan dengan agama.

Isteri kepada aktor Pekin Ibrahim ini turut memuat naik paparan perbualan mereka yang dihantar menerusi mesej peribadi.

Dalam perbualan itu, Mona menolak tawaran yang dibuat oleh seorang wanita yang mengaku merupakan pengurus di sebuah syarikat perjudian.


Kredit foto: IGStory/mStar


Berang dengan tindakan individu berkenaan, Mona membalas mesej tersebut dan mempersoalkan mengenai tawaran itu.

Mendengar jawapan Mona itu, wanita berkenaan segera memohon maaf dan menamatkan perbualan mereka.


Kredit foto: IGStory

Bagaimanapun, dalam perbualan itu tidak dinyatakan bentuk promosi atau pengiklanan yang perlu dilakukan Mona.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 19-4-2021 07:42 AM
tetap jua nak limelight kan sis.. ye la, isu semasa pastu kau pulak tak sambar job tu, holier-than-thou sangat..
Quote samshik 19-4-2021 07:44 AM
Naaakk jugakkkkkkk....
Quote balakkampung 19-4-2021 10:12 AM
casino pon dah tak leh carik makan kan sekarang...sampai kena buat iklan promo..dedulu senyap2 jer diaorang buat duit...
Quote MissVixen 19-4-2021 10:22 AM
Cina2 malaysia kenal ke retis malaysia?? Dia ingat mona allen tu bukan islam kot.
Quote Lailerthee 19-4-2021 10:31 AM
Nak jugak perhtian
Quote dubuk 19-4-2021 12:36 PM
kenapa kamu kelihatan seperti kami..? tanya mereka
Quote orenmango 19-4-2021 12:50 PM
Maksudnya org yg terima tahu offer tu datang dari siapa dan untuk apa
Quote n3ar 19-4-2021 01:04 PM
instafamous ramai jadi model casino ni...

makan duit haram la korang.... dah la pakaian pun mencolok mana haram... berganda2 haram

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.100417 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top