|
Seorang remaja terpaksa meninggalkan jenazah bapanya di Humbang Hasundutan, Sumatera Utara kerana perlu mengambil ujian kemasukan ke universiti. Lapor Tribunnews, ujian tersebut diadakan pada hari sama bapanya meninggal dunia sehingga menjadi tular dalam media sosial.
Namun, kisah tular itu mengandungi maklumat tidak benar apabila Todu Silaban didakwa meninggalkan jenazah bapanya bagi menduduki ujian pengambilan anggota polis. Sepupu Todu, Guntur Tinambunan tampil menjelaskan perkara sebenar dan menuntut hantaran yang dimuat naik dalam Facebook oleh seorang wanita dipadamkan. Disebabkan Guntur tinggal di Tangerang, dia hanya mendapat maklumat kematian itu menerusi kumpulan WhatsApp ahli keluarga.
“Disebabkan saya tinggal jauh di Tangerang, saya hanya mendapat maklumat itu menerusi WhatsApp mengenai kematian pak cik saya,” jelasnya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.037901 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.