Apa salahnya instafamous jadi pelakon? Penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil, 51, kurang bersetuju sekiranya Instafamous dihalang daripada berlakon sebagaimana dikehendaki segelintir pihak. "Rezeki masing-masing di tangan Allah. Contohnya saya jual kuih dan orang lain pun jual kuih, masing-masing ada rezeki. Saya sebagai penerbit kena ikut apa yang penonton nak. Kalau mereka berikan keuntungan kepada penerbit dari segi 'rating' dan pulangan tentulah saya ambil. Kita tak boleh buat cerita syok sendiri dan kena ikut apa yang penonton mahu," katanya kepada Harian Metro. Semua pihak yang terbabit dalam sesebuah produksi juga perlu memberi sokongan terhadap Instafamous yang berlakon, tambahnya lagi. "Kalau betul pun orang itu tak boleh berlakon, pengarah dan pelakon lain kenalah sokong dan tolong dia supaya dapat hidupkan watak. Kita perlukan orang-orang yang ada permintaan untuk dapatkan 'ranking'.
Ia adalah keperluan pada masa ini. Saya percaya mereka juga bukan main-main untuk bergelar pelakon. Sudah pasti mereka akan serius memperbaiki mutu lakonan sehingga tahap terbaik," katanya. Terdahulu, beberapa selebriti seperti Amerul Affendi dan Zahiril Adzim menyuarakan pendapat tentang isu pihak stesen televisyen tempatan yang menitik beratkan jumlah pengikut Instagram seseorang pelakon berbanding kualiti lakonan.
|
songhara1226: "Rezeki masing-masing di tangan Allah. Contohnya saya jual kuih dan orang lain pun jual kuih, masing-masing ada rezeki. Saya sebagai penerbit kena i ...
AshkieLa: ok je.. cuma casting la dulu supaya pilih yg betul2 boleh berlakon tak kayu..tak pun letak jadi tambahan dulu.. then upgrade kalau ok dan improve...in ...
ADVERTISEMENT