View: 1963|Reply: 9
|
Kena Ikut Apa Penonton Nak, Ziela Jalil Tak Setuju Halang Instafamous Berlakon
[Copy link]
|
|
Apa salahnya instafamous jadi pelakon?
Penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil, 51, kurang bersetuju sekiranya Instafamous dihalang daripada berlakon sebagaimana dikehendaki segelintir pihak.
"Rezeki masing-masing di tangan Allah. Contohnya saya jual kuih dan orang lain pun jual kuih, masing-masing ada rezeki. Saya sebagai penerbit kena ikut apa yang penonton nak.
Kalau mereka berikan keuntungan kepada penerbit dari segi 'rating' dan pulangan tentulah saya ambil. Kita tak boleh buat cerita syok sendiri dan kena ikut apa yang penonton mahu," katanya kepada Harian Metro.
Semua pihak yang terbabit dalam sesebuah produksi juga perlu memberi sokongan terhadap Instafamous yang berlakon, tambahnya lagi.
"Kalau betul pun orang itu tak boleh berlakon, pengarah dan pelakon lain kenalah sokong dan tolong dia supaya dapat hidupkan watak. Kita perlukan orang-orang yang ada permintaan untuk dapatkan 'ranking'.
Ia adalah keperluan pada masa ini. Saya percaya mereka juga bukan main-main untuk bergelar pelakon. Sudah pasti mereka akan serius memperbaiki mutu lakonan sehingga tahap terbaik," katanya.
Terdahulu, beberapa selebriti seperti Amerul Affendi dan Zahiril Adzim menyuarakan pendapat tentang isu pihak stesen televisyen tempatan yang menitik beratkan jumlah pengikut Instagram seseorang pelakon berbanding kualiti lakonan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Rezeki masing-masing di tangan Allah. Contohnya saya jual kuih dan orang lain pun jual kuih, masing-masing ada rezeki. Saya sebagai penerbit kena ikut apa yang penonton nak.“
Kenapa x bagi contoh pasal rezeki menjadi ISTERI ke-2, rezeki masing2 kan |
|
|
|
|
|
|
|
ok je.. cuma casting la dulu supaya pilih yg betul2 boleh berlakon tak kayu..
tak pun letak jadi tambahan dulu.. then upgrade kalau ok dan improve...
ini mcm boypren jana nick tu.. berlakon hampeh.. jadi hero..
jadahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut mung la.. Production mung. Netizen kecam lakonan kayu jangan sentap pula. |
|
|
|
|
|
|
|
dari seorang penerbit mmg la nak yg ramai followers
baru laku drama
bayar kurang pun takpe
instafamous nak famous je lah kan |
|
|
|
|
|
|
|
songhara1226: "Rezeki masing-masing di tangan Allah. Contohnya saya jual kuih dan orang lain pun jual kuih, masing-masing ada rezeki. Saya sebagai penerbit kena i ...
Kuih tak sedap walau rupa elok, ada orng beli?
|
|
|
|
|
|
|
|
AshkieLa: ok je.. cuma casting la dulu supaya pilih yg betul2 boleh berlakon tak kayu..tak pun letak jadi tambahan dulu.. then upgrade kalau ok dan improve...in ...
Kalau ada cable...... |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah tgk citer umie aida berlakon syok sendiri sgt dlm drama covid oh covid dan pastu tu next day tertgk erma fatima jd pengacara yg amat membosankan entah program hapa tak ingat interbiu ustaz ..i setuju cari la pelakon or talent baru....tak lalu nk tgo both of them masa tu...yg kertu ni tak seswai dh. Tp tgk Drama yg ada mas idayu dan ziana zain @ tv3 best pulak..x bosan ..ntah lerr |
|
|
|
|
|
|
| |
|