CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nikmat Kahwin 10 Hari Je, Hidup Seorang Dalam Rumah Penuh Sisa Plastik, Botol Dan Bekas Makanan

21-4-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7234| Komen: 30

Kota Bharu: Langit tidak selalunya cerah. Itulah ungkapan menggambarkan kebahagiaan seorang warga emas yang hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama 10 hari sebelum bercerai, sejak lebih 30 tahun lalu.


Tempoh perkahwinan singkat itu seakan mimpi bagi Wan Ali Wan Abdullah, 78, kerana rumah tangga dibina berakhir dengan perpisahan, namun dia reda jodoh tidak panjang.

Namun, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang anak hasil daripada perkahwinan singkat itu.


Foto: Harian Metro

Wan Ali yang turut mengalami masalah pendengaran berkata, selepas bercerai dengan bekas isterinya, anaknya pernah mengajak tinggal bersama di Kuala Lumpur, namun dia menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak serta menantunya.


"Sebelum ini pak cik tinggal bersama anak saudara, namun pak cik keluar dari rumah itu sejak tujuh bulan lalu kerana tidak mahu membebankan mereka dan kini tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM120 sebulan.

"Pak cik bernasib baik kerana ada pihak sudi membantu menyambung bekalan elektrik dan menyediakan kemudahan enjin air bagi memudahkan rutin harian untuk mandi dan membasuh pakaian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk menampung kehidupan, selain anak yang menetap di Kuala Lumpur mengirimkan wang belanja.

Katanya, ada ketikanya, jiran tetangga menghulurkan makanan kerana memahami pergerakannya agak terbatas.

Lebih menyedihkan, rumah sewa didiami Wan Ali kini dipenuhi dengan sisa plastik, botol dan bekas makanan disebabkan dia tidak mempunyai kudrat untuk melakukan kerja rumah dan hanya mampu mengengsot selepas cedera pada saraf pinggul akibat terjatuh.

"Pak cik tidak tahu apa kesudahan nasib, namun jika ini sudah tertulis perjalanan hidup pak cik seperti ini dengan menghabiskan sisa usia tua seorang diri, pak cik perlu reda dan menganggap ia ujian Allah.

"Alhamdulillah, walaupun mengalami masalah darah tinggi, pak cik masih mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa perlu membebankan orang lain," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03010-41-00020329-0 atas nama Wan Ali Wan Abdullah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaianim 21-4-2021 03:40 PM
Tinggal bersama dengan anak sendiri pun kdg2 ada masalah, apatah lagi kalau dok dgn anak saudara.. tu yg pakcik ni pindah duduk sendiri agaknya.. moga dipermudahkan segala urusan pakcik ni
Quote tokchik 21-4-2021 04:05 PM
Hidup menumpang ni payah.
Bak kata lagu jalak lenteng

Sakitsungguhkena jelatang
Sakit tak boleh ...sakit tak boleh kubawa mandi hai kubawa mandi...
Sakitlah sungguh... sakitlah sungguh hidup menumpang
Sakit tak boleh... sakit tak boleh kehendak hati.
Quote songhara1226 21-4-2021 04:33 PM
Siye pulok ko pakcik, mno lah gi ahli parlimen pengkalan chepa ni??? Thu lah demo jdi timbln menteri dh, tpi kebajikan rakyat tu lagu mno
Quote LadyCarefree 21-4-2021 04:45 PM
Tunggu Ebit datang! Insyaallah.
Quote krustykrab 21-4-2021 04:51 PM
Duk dgn anak pun x mau, lebih elok htr pakcik ni tinggal kt rmh2 org tua je, terurus sikit, ada rakan2 seusia, hidup terurus, tak perlu la lg bantuan duit tu...
Apa guna bg rumah baru, peralatan rmh baru kalau nk uruskn diri sendiri pun susah
Quote honeybee1802 21-4-2021 05:19 PM
krustykrab replied at 21-4-2021 04:51 PM
Duk dgn anak pun x mau, lebih elok htr pakcik ni tinggal kt rmh2 org tua je, terurus sikit, ada raka ...

Betul tu..nampak kejam..tp rs lebih baik..at least terjaga...
Quote syaz_lina 21-4-2021 05:31 PM
Kesiannya, baik diletakkan di rumah orang2 tua
Quote Thunderclouds 21-4-2021 06:04 PM
krustykrab replied at 21-4-2021 04:51 PM
Duk dgn anak pun x mau, lebih elok htr pakcik ni tinggal kt rmh2 org tua je, terurus sikit, ada raka ...

Betol. Byk rumah2 jagaan warga tua yg percuma kalo xmampu yg bbyr. Molek je depa jg,yg xsihat mmg on-time mkn ubt & bwk p appointments. Terjaga. Tp tu lah,rumah org tua ni topik taboo bg org kite. Sggup biar hidup mcm ni dr hantar ke sana.
Quote tokchik 21-4-2021 06:54 PM
Walaupun hnya 10hari.
Tetapi kebun  pck ni berkata mengeluarkn hasil
Quote Potpouri 21-4-2021 07:02 PM
Setuju pakcik sepatutnya duduk rumah org tua. Lebih terjaga..skrg pun pakcik bukan duduk dgn anak pun. At least kt rumah org tua ada yang boleh tengok2 kan makan, pakai, kesihatan..

Bagi akaun untuk derma kenapa ya. pakcik ni dpt bantuan, anak pun bagi duit.. Duit derma tu nanti sapa yang akan uruskan, pakcik ni pun jalan mengesot..
Quote Belibis 21-4-2021 07:10 PM
tokchik: Walaupun hnya 10hari.Tetapi kebun  pck ni berkata mengeluarkn hasil

Asalkan rajin bercucuk tanam.{:smile
Quote lavendernovella 21-4-2021 08:16 PM
syaz_lina: Kesiannya, baik diletakkan di rumah orang2 tua


Makcik iol sengaja tanya rumah orang tua2 , (kot2 anak esok taknak jaga , sheol menyakat anak2 dia sebenarnya) , antara soalannya, makcik ada pencen? ... haa gitu... patutlah tak semua orang tua boleh masuk rumah orang tua2.
Quote Lolalala 21-4-2021 08:46 PM
lavendernovella replied at 21-4-2021 08:16 PM
Makcik iol sengaja tanya rumah orang tua2 , (kot2 anak esok taknak jaga , sheol menyakat anak2 d ...

Sebulan range 1500-2500. Iolls hantar nenek sebab memang x de kudrat nak jaga sebab dia nyanyuk dan byk kali jatuh dalam bilik sendiri. Susah nak bagi penjagaan rapi pada dia. Sebulan 1750. Tapi memang ok sgt la dia jaga. Profesional kan. Bila2 nak ambil.bawak balik boleh je. Cuma covid ni, diorg x galakkan balik.
Quote bedahmenjuyah 21-4-2021 09:09 PM
Lolalala replied at 21-4-2021 08:46 PM
Sebulan range 1500-2500. Iolls hantar nenek sebab memang x de kudrat nak jaga sebab dia nyanyuk da ...

Ini dekat kl ke
Quote CikYaYaYa 21-4-2021 09:23 PM
kesian pulak tinggal sesorang mcm to.. Baik letak rumah org tua laa pd biar pkcik nie sesorg. Tapi kan rumh org tua kt area iols nie xterima org tua yang ada ank. Just terima org tua yg xder sapa2 jer. Xtau laa kot dh brubah syarat dia skrg
Quote ikanmasin 21-4-2021 09:37 PM
anak dia elok gak bg duit kan..ptt cr org upah bersihkan umah tu lah..
Quote lavendernovella 21-4-2021 09:47 PM
Lolalala replied at 21-4-2021 08:46 PM
Sebulan range 1500-2500. Iolls hantar nenek sebab memang x de kudrat nak jaga sebab dia nyanyuk da ...

Boleh tahan harganya. As long as dorang jaga betul2 penuh perhatian , berbaloi jugak.
Quote uda 21-4-2021 10:19 PM
lavendernovella replied at 21-4-2021 09:47 PM
Boleh tahan harganya. As long as dorang jaga betul2 penuh perhatian , berbaloi jugak.

Sekarang ni ada rumah orang tua2 yang jaga betul2 dan bukan macama rumah orang tua2 welfare.

Ada yang yang di Kajang, setiap hari ada kelas agama, solat berjemaah dan ada resident doctor. Memang fees mahal lah. Kebayakkan yang duduk ni yang mana anak2 sibuk bekerja pada weekdays and weekend mereka akan balik kerumah anak2.

Satu lagi tak silap ada di Shah Alam
Quote lavendernovella 21-4-2021 10:29 PM
uda replied at 21-4-2021 10:19 PM
Sekarang ni ada rumah orang tua2 yang jaga betul2 dan bukan macama rumah orang tua2 welfare.

Ad ...

Akan datang mmg perlu banyak lagi tempat2 macam ni.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.112472 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top