Penyanyi dan penulis lagu, Aina Abdul tampil menjawab komen warganet yang secara sinis mendakwa lagu raya judi yang mencetuskan tular baru-baru ini, lebih sedap berbanding lagu raya nyanyiannya, Syukur Lebaran.
Lagu yang dihasilkan Aina bersama Sarry Khaled dan Wan Zakaria itu sudah pun dilancarkan sejak April lalu. Menurut Aina, 27, perkara tersebut sebaiknya tidak perlu dibanding-bandingkan kerana sesebuah lagu itu pastinya ada kelainan tersendiri. Malah pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani itu juga menyifatkan ada banyak cara yang lebih baik untuk mengkritik lagu seseorang penyanyi. “Bagi saya, ia tidak boleh dibanding-bandingkan. Ini kerana, persiapan untuk hasilkan sesebuah lagu itu juga berbeza-beza. Pada netizen yang komen macam itu, mungkin mereka lihatnya daripada satu sudut sahaja.
“Saya buat lagu untuk mereka yang menyokong. Kalau nak kritik, ada cara yang lebih baik. Kalau kritik jenis yang ‘direct’ macam itu, maksudnya macam mahu nak mengaibkan saya. Jadi saya tak nak layanlah.
|
kookie92 replied at 23-4-2021 03:10 AM
Kat kepala hotak i asyik terngiang lagu raya sama shopee by iman troye tu.
ADVERTISEMENT