Tuah menyebelahi seorang lelaki gelandangan dari Nigeria apabila mendapat tawaran untuk menjadi model bagi sebuah penggambaran fesyen. Lapor Oddity Central, tawaran itu dibuat selepas seorang pengarah kreatif terserempak dengan Ali Olakunmi dari Osun, Nigeria yang ketika itu tidur di bawah jambatan.
Pengarah kreatif yang dikenali sebagai Afolabi memilih lokasi dibawah jambatan itu sebagai latar belakang untuk penggambaran fesyennya. Ketika sedang menunggu model lelaki yang belum sampai, Afolabi secara kebetulan terserempak dengan Olakunmi yang dirasakan memiliki semua ciri model untuk penggambaran fesyennya. Afolabi meminta pemuda etnik Yoruba itu mengenakan pakaian dan bergaya untuk bergambar. “Saya ada penggambaran di Ikeja hari ini, sementara menunggu model sampai, kami meminta seorang lelaki gelandangan (Olakunmi) yang tidur di bawah jambatan menjadi model sementara kami. “Saya rasa Olakunmi memang dilahirkan untuk menjadi model. Dia memiliki gaya, bentuk badan dan warna kulitnya yang sempurna untuk bidang ini,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, baru-baru ini. Ciapan Afolabi dan beberapa gambar Olakunmi mengenakan pakaian cantik menjadi tular dalam media sosial. Selepas ciapan itu menjadi tular, Afolabi mula mendapat pertanyaan daripada warganet termasuk sebuah syarikat pemodelan multinasional di Lagos untuk bertanyakan tentang bakat Olakunmi. Sumber: Utusan
|
Carcosa: Kulit dia cantik bersinar. Tapi mata kuning tu takpe ke?{:question
dani-rox: Akak dah cakap dah, muka aprika atau asian paling ulu lah jd rebutan couture dan high fashion designers. Kalo muka buatan kulit putih hasil produk tim ...
Carcosa replied at 23-4-2021 05:47 AM
Kulit dia cantik bersinar. Tapi mata kuning tu takpe ke?
{:question
lavendernovella replied at 23-4-2021 09:33 AM
Tak semua orang boleh buat muka stoic yang berkualiti. Kalau takder bakat muka stoic semulajadi teru ...
cupu replied at 23-4-2021 08:56 PM
Mkn benda xsihat...cuba tgk mata2 org kaya...semua putih bersih.merah2 kyning semua xde.
Punat_button replied at 23-4-2021 09:24 PM
muka stoic tu apa. Kerek ka?
mesmerize replied at 23-4-2021 09:00 PM
tapi ekspresi muka dia macam tak kuasa nak kerja je.. tido lagi bagus
ADVERTISEMENT