|
Kehadiran bulan Ramadan membuka pintu hati pelakon dan penyampai radio, Riena Diana untuk mengambil keputusan memakai tudung. Riena berkata, selain mahu mengumpul pahala di bulan mulia ini dia juga dalam proses untuk belajar dan merasai pengalaman berhijab.
"Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM. "Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat. "Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan," katanya.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.044485 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.