CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Kilat Di Bumi Makkah

28-4-2021 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4510| Komen: 18

Hujan lebat luar biasa yang melanda Makkah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.

Menurut Astro Awani menerusi perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.



Hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter. Foto Twitter Haramain Sharifain

Susulan itu, pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Makkah dan Madinah bermula Jumaat.


Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 28-4-2021 10:39 AM
Menanti urban berkerak bagi komen
Quote Simunggu 28-4-2021 10:46 AM
jadi apalah tandanya konok.....?
Quote Orix 28-4-2021 10:56 AM
calling2 @famri7 utk bg sepatah 2 kata....
Quote famri7 28-4-2021 11:12 AM
Kenapa Allah cashkan Rumahnya sendiri scysttt? Adakah ummah suchi syumul sembahan pertiwi yang hifup di birai2 mecca ni pun hauk jua?
Quote nirman 28-4-2021 11:30 AM
tanda akhir zaman? sebab free mason or illuminati?
Quote Itzy 28-4-2021 12:57 PM
Oo ni lah tanda Allah nak beri peringatan amaran kepada manusia2 pendurhaka supaya bertaubat beriman kepada Allah dan bersihkan kawasan sekitar rumah sucinya daripada didiami makhluk2 durjana. Kat makkah ni ada seribu macam jenis manusia. Nanti time dajjal muncul lagi teruk, lepas dajjal hentak kaki dia kat luar makkah dan madinah sebab nak masuk panggil pengikut2 dia (tapi dajjal dihalang masuk oleh malaikat2 yg mengawal kota suci makkah dan madinah), kemudian habis jadi gempa bumi besar, terpelanting keluar habis manusia2 munafik dan syirik keluar dari kota suci makkah dan madinah(kalau nak lebih faham dan jelas elok acik2 suma google sendiri kisah dajjal ni, aku ni cerita ikut pemahaman aku la) Kemudian bersih dan aman kedua2 kota suci tu daripada didiami makhluk2 durhaka kepada Allah. InshaAllah janji Allah akan tiba masanya nanti bersih la Makkah dan Madinah daripada segala mala manusia2 jahanam pendurhaka, kalau makhluk tu adalah seorang yg sangat berkuasa punya nama dan pangkat di kota makkah, maka dia pun akan terpelanting sama keluar dari kota tu. Kat makkah la sepupu aku kena cabul dgn seekor syaitan jahanam yg bertopengkan manusia walau dia tengah pakai kain telekung menutup aurat. Manusia2 durjana ni ada di seluruh dunia termasuk kota2 suci Allah. Alkisahnya itu kekdah kisah kenapa Allah beri bala pada negeri rumah suciNya sendiri untuk pemahaman sesetengah acik2 urban kafir munafik syirik kat forum ni yg suka sangat hina Allah dan agama islam.
Quote gigahertz 28-4-2021 01:30 PM
nirman replied at 28-4-2021 03:30 AM
tanda akhir zaman? sebab free mason or illuminati?

kalau mekah kena hujan lebat jadi banjir. tanah melayu mungkin kena gempa bumi.
Quote djzara81 28-4-2021 03:00 PM
Kat Mekah pon ada pendosa. Tgk jelah kaum kerabat pemerintah Saudi. Yg betul2 alim berapa kerat je. Yg lain2 Islam pada nama je tapi lifestyle kalah westerners. Apapon, kita yg beriman pada hari Kiamat, juz get ready with the apocalypse. Bab2 ni takyah nk lekeh2.
Quote Boomibulat 28-4-2021 03:02 PM
Mekah banjir awal thn..serambi Mekah banjir ujung thn..tanda negeri diberkati
Quote Boomibulat 28-4-2021 03:04 PM
Ape nak pelik dulu2 pun dh banjir..ape2 pun kita doakan Jemin selamat dari bencana ini
banjir.png

Quote Artemesiaa 28-4-2021 03:09 PM
Merata2 bencana alam berlaku sejak kebelakangan ni malah makin kerap
Quote anony-mous 28-4-2021 05:42 PM
Ni sbb azmin dtg sana ke?
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2021 05:54 PM
Azmin datang jah terus banjir Sajat datang jah terus covid-19
Quote nolya 29-4-2021 11:16 AM
Simunggu replied at 28-4-2021 10:46 AM
jadi apalah tandanya konok.....?

Tandanya kehendak Allah tak ade sesape boleh menghalang, Kun fa ya kun.
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 11:28 AM
May Allah protect them.
Quote addved 29-4-2021 03:24 PM
Cloud seeding kan ni? Sama la cam kat Dubai, hujan time-time ni biasa cloud seeding. Wallahualam.
Quote makadek 29-4-2021 04:04 PM
nirman replied at 28-4-2021 11:30 AM
tanda akhir zaman? sebab free mason or illuminati?

Tak habis2 akhir zaman lama dulu mekah pn kena banjir besar la
Quote makadek 29-4-2021 04:05 PM
famri7 replied at 28-4-2021 11:12 AM
Kenapa Allah cashkan Rumahnya sendiri scysttt? Adakah ummah suchi syumul sembahan pertiwi yang hifup ...

Bisnes pelancongan menghadap batu
Satu2nya hukum yg aku tk berkenan
Selain dr faraid

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.189134 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top