CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Hari Dipaksa Mengemis, Kanak-kanak Dipukul Nenek Tak Capai 'Target'

30-4-2021 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3951| Komen: 10

Tular video wanita memukul dan menarik rambut kanak-kanak perempuan dipercayai cucunya sehingga mendapat perhatian polis.


Lapor Kompas.com, video yang dirakam seorang wanita yang ketika itu duduk di dalam keretanya menunjukkan nenek yang dikenali sebagai Suryani, 46, memukul cucunya yang berusia lapan tahun kerana tidak mendapat duit yang banyak ketika mengemis.


SURYANI (baju merah jambu) ditahan polis selepas videonya memukul cucunya di khalayak ramai tular dalam media sosial.

Jurucakap polis, Tri Wahyudi memaklumkan, Suryani memaksa cucunya mengemis setiap hari dan menetapkan duit yang perlu kanak-kanak itu peroleh iaitu sekurang-kurangnya 30,000 rupiah sehari (RM8.50).

Katanya, wanita itu juga tidak berasa malu memukul cucunya di khalayak ramai sehingga menjadi perhatian.

Mengaku kepada polis, Suryani memberitahu dia mengajak cucunya mengemis kerana kanak-kanak itu masih bersekolah dari rumah susulan pandemik Covid-19.

“Saya mengaku ajak cucu mengemis bagi menampung perbelanjaan harian kami. Saya menyesal dengan apa yang berlaku, saya minta maaf,” katanya.

Sementara itu, wanita tersebut bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabit kesalahan, selain cucunya dilaporkan trauma dengan insiden yang berlaku.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-4-2021 03:59 PM
Leluhur busuk
Quote Artemesiaa 30-4-2021 04:06 PM
Mendapat sudah yang sepatutnya jadi pelindung bertindak sebaliknya
Quote gideoncross 30-4-2021 10:32 PM
X layak jdi nenek.
Quote sarahmirza 30-4-2021 10:57 PM
Umur 46 dah jadi nenek? Cucu umur 8 tahun pulak tu...
Quote sehirkedi 1-5-2021 12:03 PM
Kejamnya... Sekarang meringkuk lah nenek dalam penjara...
Quote lavendernovella 26-6-2021 03:19 PM
Kat sini pun ada. Sapalah nak selamatkan budak2 tu.
Quote budakshinchan 27-6-2021 08:19 PM
org xde hati perut mcm ni mintak maaf sbb nk lepaskan diri sendiri je.. xde nye dia insaf.. sekian lama dia dera budak budak tu cucu sendiri mental fizikal tanpa rasa kesian pon..
Quote clarizsa 27-6-2021 08:33 PM
Kt msia ramai jugak kan pendatang asing gunakan kanak2 tagih simpati
Kesian budak hmm
Quote Purina 27-6-2021 11:33 PM
Zalim
Quote TomyamPuteh 28-6-2021 09:27 AM
X capai target. Dh mcm keja kilang la pulak.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.049517 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top