A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa Datuk Seri Aliff Syukri menceroboh dan melakukan penggambaran rumah persinggahannya iaitu Tuah D'Manggis di Janda Baik, Pahang untuk membuat penggambaran MV lagu berjudul 'Lala Raya' tanpa izinnya. "Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat. Ketika itu tak ada siapa dekat situ... malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira menceroboh!," katanya memetik laporan mStar. Lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin lalu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut.
Walhal, katanya Aliff tidak pernah menghubunginya dan meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain. Tegasnya lagi, dia memang tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi A. Aida Production sahaja. "Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang ceroboh! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini," katanya lagi. Berjoget sakan dalam video muzik, rupanya tak minta izin dengan tuan rumah. Harap Aliff Syukri ada penjelasan sewajarnya. - CARI
|
tokchik replied at 4-5-2021 10:11 AM
Tegedik2 MCM budak terencat akal penari nya
Nyahh sangat yg nib2 Dr kanan tu
taji2906: marketing je ni. nak bagi si alip ni naik rating lagu dia. pastu publisiti utk rumah si aida ni. kamon la.. dua2 pun kenal, sama2 da bincang kot.
ADVERTISEMENT