CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Instafamous Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Mask Buat Video TikTok Raya

5-5-2021 05:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5604| Komen: 33

Tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh polis menerusi sebuah video TikTok yang tular di laman sosial memaparkan adegan raya seorang instafamous bersama tiga anggotanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, hasil semakan, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Honda City berwarna putih melakonkan adegan raya bersama dua anggota polis dan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lengkap beruniform.



Kredit foto: TikTok

Menurutnya, ketiga-tiga anggota berkenaan sedang bertugas dalam Team Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Lokasi adegan raya ini dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, Putrajaya pada Ahad lalu. Video tersebut telah mendapat kecaman netizen kerana pelakon tidak memakai pelitup muka serta mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.


“Tiada sebarang bayaran atau saguhati terlibat atau diterima oleh pihak polis dalam hal ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, lelaki terbabit telah dipanggil memberi keterangan di IPD Putrajaya dan dikompaun atas kesalahan melanggar SOP iaitu tidak memakai pelitup muka.

Terdahulu sebuah video berdurasi dua minit 21 saat menjadi tular di laman sosial memaparkan aksi seorang instafamous lelaki yang juga usahawan produk kosmetik memegang plakad dengan pelbagai alasan kononnya ingin merentas negeri.



Dalam video tersebut turut kelihatan tiga anggota bertugas dengan berpakaian uniform lengkap meminta instafamous berkenaan berpatah balik selain ada adegan mereka menikmati juadah raya bersama-sama.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya mengecam instafamous terbabit yang tidak memakai pelitup muka selain dianggap mempersenda alasan untuk merentas negeri. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa instafamous berkenaan dikompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan terbabit.


Sumber: MalaysiaGazette
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 5-5-2021 05:32 AM
Selayaknya kena kompaun.
Laki bini suka cari perhatian
Quote highcastle 5-5-2021 05:48 AM
akies replied at 5-5-2021 05:32 AM
Selayaknya kena kompaun.
Laki bini suka cari perhatian

Kompuan tu kecik je bayarannya berbanding buat iklan kat TV..
Quote NataliaLuiz 5-5-2021 05:52 AM
Finally...mmg ntah apa2. Cringe video dia.
Quote makadek 5-5-2021 06:05 AM
Dn 3 polis itu tiba2 dungu kn tk tegur isnta tu pasal mask apo..diorg tk kena adegan tatatertib ke
Quote JunkMail 5-5-2021 06:17 AM
1500 tu celah burit dia je.. berbanding cheap marketing yg dia dapat. Worth the investment katanya.
Quote merrissa 5-5-2021 07:07 AM
WAKAKAKAKAKKAKAAKAKAAKAK padan muka

tp rm1500 tu apa la sgt bg dia
Quote matjerk 5-5-2021 07:37 AM
Yg 3 anggota tu berlakon dlm tiktok ni jugak ke mcm mana? Aku dh tgk video ni beberapa hari lps... cringe gila
Quote dodolgemok 5-5-2021 07:39 AM
Himbo ni mmg suka cari perhatian murahan ke sama dgan bini buat surprise haritu?? Selayaknya kena kompaun dan kecam!
Quote ais_kosong 5-5-2021 07:47 AM
mengada-ngada.. gigih nak buat video juga.
dia ni memang tinggal di putrajaya ke?
Quote hyie 5-5-2021 08:07 AM
bukan ke staf gomen yang masih beruniform tak dibenarkan buat video sesuka hati? macam kes nurse yang buat demo cuci tangan guna hand sanitizer dulu tu...#sistanyajurrr
Quote tikusmontok 5-5-2021 08:36 AM
siapa tu uols?
Quote tagas 5-5-2021 08:55 AM
Camna depa deal berlakon

depa tak infom bos dulu ka

ke kawtim
Quote rainbowrainz 5-5-2021 10:01 AM
Iols tak tahu nak nagis ke nak apa baca ni...halaiiiii dikkkk lah adikkk...
Quote renko 5-5-2021 10:42 AM
jel kan aje
yang anggota2 tu pun dah kenapa melayan ni bahlol terencat tu
Quote ninnamina 5-5-2021 10:46 AM
So yg polis tu dah kenapa nak berlakon jugak.
Quote riyadhK 5-5-2021 10:58 AM
Sape ni. Si tahfiz mahmad tu ke?
Quote stingerxmas 5-5-2021 11:04 AM
rainbowrainz replied at 5-5-2021 10:01 AM
Iols tak tahu nak nagis ke nak apa baca ni...halaiiiii dikkkk lah adikkk...

nangis batal posa....sengaja la itewwww

kahkahkahkahkahkahkah
Quote ChildrenOfBodom 5-5-2021 11:04 AM
anjing mana nie
Quote rainbowrainz 5-5-2021 11:06 AM
stingerxmas replied at 5-5-2021 03:04 AM
nangis batal posa....sengaja la itewwww

kahkahkahkahkahkahkah

Hang x puasakan manak kan kannn...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064973 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top