Sedih betul melihat Zarina Anjoulie meluahkan perasaan di Instastory baru-baru ini, berhubung bekas suaminya, Eilyas Azhar. Menerusi video itu, Zarina yang mesra disapa sebagai Anju menuntut Eilyas memulangkan semula telefon bimbit pemberiannya. "Sebab aku rasa kau tak berhak dapat barang tu. Aku nak handphone aku, RM4,999. Aku nak handphone aku balik," ujarnya. Kata Anju, dia rasa seperti dipergunakan selepas sudah banyak yang diberikannya kepada Eilyas. Anju juga menyindir bekas suaminya supaya mencari 'sugar mommy' baru. Dalam video lain, Anju meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila dihina dan dikutuk selepas apa diberi dan dikorbankannya. Bertabahlah Anju. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku pada Anju ketika ini. - CARI
|
irish_ieka replied at 10-5-2021 02:43 PM
wow yakinnya kamu . 'orang macam aku ni dah level main menteri vvip' pffftt sape nk ko girl? bibir s ...
ADVERTISEMENT