Edited by CARI-MAL at 10-5-2021 04:22 PM
Sedih betul melihat Zarina Anjoulie meluahkan perasaan di Instastory baru-baru ini, berhubung bekas suaminya, Eilyas Azhar.
Kredit foto: IG
Menerusi video itu, Zarina yang mesra disapa sebagai Anju menuntut Eilyas memulangkan semula telefon bimbit pemberiannya.
"Sebab aku rasa kau tak berhak dapat barang tu. Aku nak handphone aku, RM4,999. Aku nak handphone aku balik," ujarnya.
Kata Anju, dia rasa seperti dipergunakan selepas sudah banyak yang diberikannya kepada Eilyas.
Kredit foto: IG
Anju juga menyindir bekas suaminya supaya mencari 'sugar mommy' baru.
Dalam video lain, Anju meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila dihina dan dikutuk selepas apa diberi dan dikorbankannya.
Bertabahlah Anju. Ada hikmahnya atas apa yang berlaku pada Anju ketika ini. - CARI |