|
Tidak semena-mena, sebuah video mengenai cara menyembuhkan Covid-19 tular di media sosial. Video tersebut memaparkan seorang lelaki menunjukkan cara menyembuhkan Covid hanya dengan cara menyedut wap yang dihasilkan dari bunga cengkih! Ianya menimbulkan kemarahan pengamal perubatan kerana pasti ramai rakyat Malaysia yang akan percaya dengan kaedah tradisional ini. Lelaki tersebut menegaskan bahawa kakak dan keluarganya baru sahaja disahkan positif Covid-19, namun hanya dengan menghidup wap bunga cengkih selama satu malam sahaja, kesemua mereka pulih dan kembali sihat. Ianya semakin tular apabila ramai yang berkongsi video tersebut lalu menyarankan mereka yang mempunyai simptom Covid-19 mencubanya. Apatah lagi keluarga kakaknya mampu pulih tanpa perlu ke hospital. |

dua_chzy: Em. Mungkin possible to certain piple? Faith plus placebo effect plus strong will plus mind power?
AyaqMeloSuam: Teori ni berkesan x ? Kt yindia nun.. hari2 depa mkn rempah.. teh masala bagai... kunyah cengkih dlm sireh... bagaimna keadaan kobid di yindia ?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.116552 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.