Associated Press (AP) pada Ahad menggesa siasatan bebas dilancarkan ke atas operasi ketenteraan rejim Zionis yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita asing termasuk Al Jazeera di Bandar Gaza.
Editor Eksekutif, Sally Buzbee berkata, Israel masih gagal mengemukakan bukti jelas yang menyokong serangan udara ke atas Menara Jala setinggi 12 tingkat itu. Menurutnya, AP telah beroperasi di premis itu selama 15 tahun dan tidak pernah dimaklumkan Hamas menggunakan bangunan itu sebagai pejabat risikan tentera dan pembangunan senjata mereka seperti didakwa rejim Tel Aviv. "Kita berdepan situasi konflik dan tidak berpihak kepada sesiapa. Kami dapat tahu Israel dakwa mempunyai bukti, namun tidak mengetahui bukti apa yang diperoleh mereka. "Oleh itu, kami berpendapat wajar siasatan bebas dilancarkan untuk mengenal pasti perkara sebenar," tegasnya.
Sementara itu, kumpulan pemerhati media, Wartawan Tanpa Sempadan juga menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menyiasat kempen pengeboman rejim Zionis ke atas Menara Jala itu sebagai jenayah perang. Pada Sabtu, tentera Israel dikatakan memberi tempoh kira-kira sejam kepada agensi media asing dan penyewa lain untuk mengosongkan bangunan tersebut yang menjadi markas Hamas. Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Jonathan Conricus memaklumkan mereka kononnya mengumpulkan bukti untuk Amerika Syarikat (AS), namun masih berdalih untuk mendedahkan butirannya. Sumber: Sinar Harian
|
edayildiz replied at 18-5-2021 06:25 PM
cmana eh org yg hidup kt israel? mesti ada kan yg x sokong perang..pastu org islam kt israel tu ama ...
tripleid replied at 18-5-2021 07:48 PM
Arab yg dok israil aman2 je idop..tgk makcik dlm video ni rileks je lalu tgh2 askar yahudi x kena ...
ADVERTISEMENT