Associated Press (AP) pada Ahad menggesa siasatan bebas dilancarkan ke atas operasi ketenteraan rejim Zionis yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita asing termasuk Al Jazeera di Bandar Gaza.
Editor Eksekutif, Sally Buzbee berkata, Israel masih gagal mengemukakan bukti jelas yang menyokong serangan udara ke atas Menara Jala setinggi 12 tingkat itu.
Kredit foto: AP
Menurutnya, AP telah beroperasi di premis itu selama 15 tahun dan tidak pernah dimaklumkan Hamas menggunakan bangunan itu sebagai pejabat risikan tentera dan pembangunan senjata mereka seperti didakwa rejim Tel Aviv.
"Kita berdepan situasi konflik dan tidak berpihak kepada sesiapa. Kami dapat tahu Israel dakwa mempunyai bukti, namun tidak mengetahui bukti apa yang diperoleh mereka.
"Oleh itu, kami berpendapat wajar siasatan bebas dilancarkan untuk mengenal pasti perkara sebenar," tegasnya.
Sementara itu, kumpulan pemerhati media, Wartawan Tanpa Sempadan juga menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menyiasat kempen pengeboman rejim Zionis ke atas Menara Jala itu sebagai jenayah perang.
Pada Sabtu, tentera Israel dikatakan memberi tempoh kira-kira sejam kepada agensi media asing dan penyewa lain untuk mengosongkan bangunan tersebut yang menjadi markas Hamas.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Jonathan Conricus memaklumkan mereka kononnya mengumpulkan bukti untuk Amerika Syarikat (AS), namun masih berdalih untuk mendedahkan butirannya.
Post time 18-5-2021 01:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hang pikiaq depa nak bg bukti? Mahkamah jenayah antarabangsa pon depa poodaahkan sajorkk.. tunggu la kiamat nnt baru depa terkial2 nak bg bukti.. itupun bukti yg direka2.
Editor Eksekutif, Sally Buzbee berkata, Israel masih gagal mengemukakan bukti jelas yang menyokong serangan udara ke atas Menara Jala setinggi 12 tingkat itu.
Post time 18-5-2021 08:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tripleid replied at 18-5-2021 07:48 PM
Arab yg dok israil aman2 je idop..tgk makcik dlm video ni rileks je lalu tgh2 askar yahudi x kena ...
ooh i ingt ni kt palestin...kantoi bebal wartawan ni..
kira aman la..xkena kacau la org islam kalau rkyt dorg..
teringin nk g israel..sbb i rasa sana penuh misteri..gitew.