"Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia itu dengan anda semua tidak lama lagi."
Datuk Nora Ariffin, 48, akhirnya mengakui menerima lamaran untuk dijadikan peneman hidup. Penyanyi itu yang sebelum ini digosipkan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun menafikan menteri berkenaan yang melamarnya. Sebaliknya lelaki berkenaan bukan dalam kalangan orang terkenal, lapor mStar. "Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang," katanya seperti dipetik Astro AWANI. Kenyataan itu sekali gus menangkis dakwaan menuduh dia Ahli Parlimen Ketereh berkenaan bernikah di Thailand, selepas sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar tersebar di laman sosial.
"Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah... saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian. "Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya. "Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu," jelasnya. Tambah Nora, keputusan untuk bernikah lagi direstui anak-anak selepas berfikir masak-masak.
|
kiah_mai_pulak: mmg tak tahu malu eh Nora ni duk tayang ank birah dia tu?
Imkhai: menanah anak dara yg lanjut usia dgrnya,mak jan anak brderet laku lg tp yela kn jodoh
nazzse: Yang paling meratap laki/bini mati lah yang paling cepat move on.
Buritan replied at 19-5-2021 07:59 AM
Lelaki jmn sekarang nak artis jeee.. anak dara kenaa cantikkk ade plg koman ijazah keje gomen.. ...
nazzse replied at 19-5-2021 08:02 AM
Yang paling meratap laki/bini mati lah yang paling cepat move on.
Buritan: Lelaki jmn sekarang nak artis jeee.. anak dara kenaa cantikkk ade plg koman ijazah keje gomen.. pdhl si lelakinya atas skit dr mat rempit aje jahh oii ...
nazzse replied at 19-5-2021 08:02 AM
Yang paling meratap laki/bini mati lah yang paling cepat move on.
kiah_mai_pulak replied at 19-5-2021 07:46 AM
mmg tak tahu malu eh Nora ni duk tayang ank birah dia tu?
jemahjacjon replied at 19-5-2021 08:04 AM
Nk buat cam na. Laki bujang zaman skrg ni dah kurang yg berkualiti. Dipadankan pulak dgn pompuan y ...
ADVERTISEMENT