"Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia itu dengan anda semua tidak lama lagi."
Kredit foto: IG
Datuk Nora Ariffin, 48, akhirnya mengakui menerima lamaran untuk dijadikan peneman hidup.
Penyanyi itu yang sebelum ini digosipkan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun menafikan menteri berkenaan yang melamarnya.
Sebaliknya lelaki berkenaan bukan dalam kalangan orang terkenal, lapor mStar.
"Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang," katanya seperti dipetik Astro AWANI.
Kenyataan itu sekali gus menangkis dakwaan menuduh dia Ahli Parlimen Ketereh berkenaan bernikah di Thailand, selepas sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar tersebar di laman sosial.
Kredit foto: The Star
"Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah... saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.
"Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.
"Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu," jelasnya.
Tambah Nora, keputusan untuk bernikah lagi direstui anak-anak selepas berfikir masak-masak.
Siapa agaknya gerangan bakal suami Nora? - CARI
|