KOTA BHARU: Seorang lelaki maut dalam keadaan tragik dengan anggota badan hancur selepas kenderaan yang dipandunya meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, di sini petang tadi, dipercayai akibat membawa mercun bola.
Dalam kejadian itu jam 5.30 petang, mangsa yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback turut tercampak 20 meter dari lokasi kejadian selain kenderaannya terputus dua. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata susulan kejadian itu lima lagi kenderaan yang berada di lokasi kejadian turut terbakar. "Selain mangsa yang maut, empat mangsa lain yang cedera akibat letupan itu turut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan letupan terbabit berpunca akibat kenderaan itu membawa mercun bola.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan dan identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti. Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. Penolong Pengarah Operasi Bomba Kelantan, Mohd Wildan Azhari pula berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.34 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian. "Seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan BBP Tunjong bergegas ke lokasi kejadian dan didapati sebuah kereta sedang terbakar. "Ketika kejadian terdapat lima lagi kenderaan lain di lokasi berhampiran yang turut rosak," katanya. Sementara itu, seorang saksi kejadian Mohd Khairul Anwar Mohd Zin, 42, berkata dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti bom, namun sebaik berlari keluar dari restoran dia melihat beberapa kereta 'berselerakan' dengan sebuah daripadanya sedang terbakar. Katanya, dia yang berada di dapur restoran miliknya yang hanya berjarak 40 meter dari lokasi kejadian terus bergegas keluar dan terkedu melihat apa yang berlaku selain keadaan sedikit huru hara dengan orang ramai yang berlari menyelamatkan diri. "Saya terdengar suara meminta tolong daripada beberapa mangsa lain yang terselamat, malah ada yang gigih berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berdarah. Kami cuba untuk membantu namun keadaan agak teruk sehinggalah pihak bomba datang dan memberitahu bahawa seorang lelaki maut yang mana keadaan jasadnya yang tragik. "Lebih mengejutkan apabila jasad mangsa rupa-rupanya tercampak ke dinding restoran saya, mungkin kerana kesan letupan yang kuat," katanya ketika ditemui di restoran miliknya berdekatan lokasi kejadian. Mohd Khairul berkata, sejak 27 tahun saya berniaga di lokasi berkenaan, itu adalah kejadian paling buruk yang pernah berlaku. "Selain itu, restoran saya turut mengalami kerugian ribuan ringgit susulan siling dan cermin pecah selain kedai runcit milik adik saya juga menerima kesan yang sama. Tragedi berdarah ini tidak akan saya lupakan tambahan pula ia berlaku di depan mata, dan saya berharap agar keluarga mangsa tabah dengan ujian ini," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
piao replied at 21-5-2021 07:32 PM
dah ada la topik ni..... nti merge
Firenzza replied at 21-5-2021 07:30 PM
Ni mercun ke bom?
cicicumel replied at 21-5-2021 07:40 PM
Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So b ...
cicicumel replied at 21-5-2021 07:40 PM
Dengan kekuatan dan radius meletop.. I rasa mungkin ada berkotak2 mercun bola dlm kereta tu.. So b ...
noor2 replied at 21-5-2021 07:56 PM
Honda ke tu...ya Allah kenapa bawa mercun dlm kereta...
cicicumel replied at 21-5-2021 08:09 PM
Video live tadi.. Katanye tauke mercun..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1021951229 ...
ADVERTISEMENT