Presiden Maldives, Ibrahim Mohamed Solih mengumumkan pemutusan segala bentuk hubungan dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, lapor portal edition.mv.com, baru-baru ini.
Menerusi satu ciapan Twitter, Ibrahim berkata, rakyat Maldives berdiri teguh di samping penduduk Palestin dan turut menggunakan tanda pagar #FreePalestine. Jurucakap Presiden, Mohamed Mabrook Azeez memetik ciapan dari akaun rasmi Twitter Presiden memberitahu pendirian dan prinsip Maldives tentang Israel adalah jelas. “Kami menentang ketidakadilan Israel dan berpegang pada solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang dinafikan dari negara sendiri,” kata Mohamed. Mohamed juga mengumumkan bahawa Maldives menangguhkan semua industri import produk yang berasal dari Israel. Untuk makluman, aktiviti import produk Israel dilarang di Maldives sejak tahun 2014. Hanya produk perubatan khas sahaja yang boleh diimport dan ia memerlukan keizinan khas kerajaan. Sumber: Kosmo!
|
belacan_gurl replied at 24-5-2021 12:20 PM
Hehehe sos life ada kat sana tu yg aku paling igt kat sana
a4_paper replied at 24-5-2021 12:48 PM
air laut paling cantik pernah aku jumpa.. menyesal x stay lama sket kat private island tu..hmm mem ...
belacan_gurl replied at 24-5-2021 11:34 PM
Kan...cantik sgt...u ada pergi tak yg sandbank dia..cantik kan...pasir dia rupanya kulit kerang... ...
bellaa replied at 25-5-2021 05:47 AM
ada p sandbank. snorkeling kt situ. nmpak baby shark jugak. kita stay 4h 3mlm. pastu nak cari jaja ...
ChildrenOfBodom: Sementara banyak negara iseley lain bantah seroel negara2 arab lain banyak dok comolot dgn seroel dah. Read: Abraham Accord
helicornia replied at 25-5-2021 08:31 AM
tk silap Maldives ni majoriti penduduk muslim
insulin replied at 25-5-2021 08:45 AM
Betul tu. Islam memang agama rasmi mereka.
helicornia replied at 25-5-2021 10:14 AM
jom abam insulin kita pi maldives lepas abis cobid.mcm best je baca org punya cerita
belacan_gurl replied at 24-5-2021 12:20 PM
Hehehe sos life ada kat sana tu yg aku paling igt kat sana
sayawifenikmie replied at 25-5-2021 10:42 AM
.. suka sos LIFE ye ? saya pun suka sos Life ..
namun baru baru ini, soso cili Life seakan ...
Decaffeinated replied at 25-5-2021 11:38 AM
Budak2 tadika pun diajar kibar bendera indoctrinated with adult politics at that tender age. Memang ...
ADVERTISEMENT