Presiden Maldives, Ibrahim Mohamed Solih mengumumkan pemutusan segala bentuk hubungan dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, lapor portal edition.mv.com, baru-baru ini.
Penduduk Maldives mengibarkan bendera Palestin tanda solidariti terhadap negara itu.
Kredit foto: Nishan Ali/Mihaaru
Menerusi satu ciapan Twitter, Ibrahim berkata, rakyat Maldives berdiri teguh di samping penduduk Palestin dan turut menggunakan tanda pagar #FreePalestine.
Jurucakap Presiden, Mohamed Mabrook Azeez memetik ciapan dari akaun rasmi Twitter Presiden memberitahu pendirian dan prinsip Maldives tentang Israel adalah jelas.
Seorang wanita memegang bendera Palestin dan poster yang bertuliskan "Rakyat Maldives bersama Palestin" di Dhivehi
Kredit foto: Nishan Ali / Mihaaru
“Kami menentang ketidakadilan Israel dan berpegang pada solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang dinafikan dari negara sendiri,” kata Mohamed.
Mohamed juga mengumumkan bahawa Maldives menangguhkan semua industri import produk yang berasal dari Israel.
Kredit foto: Twitter
Untuk makluman, aktiviti import produk Israel dilarang di Maldives sejak tahun 2014.
Hanya produk perubatan khas sahaja yang boleh diimport dan ia memerlukan keizinan khas kerajaan.
Sumber: Kosmo! |