CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Natasha Hudson Mahu Jadi Eksklusif

18-11-2013 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15242| Komen: 60

Natasha Hudson Mahu Jadi Eksklusif


Selepas melahirkan anak kedua, Neema Kalila, model, pelakon dan pengacara, Natasha Hudson,31, bagai menyepikan diri dari dunia hiburan tempatan. Adakah selebriti ini sudah mahu meninggalkan dunia hiburan atau Natasha sibuk menguruskan keluarga?

Peluang bertemu dengan Natasha memberi ruang kepada GUA untuk bertanya perkembangan terkini pelakon berdarah kacukan ini. Jelas Natasha, dia tidak berlakon ketika ini kerana mahu menunggu bayinya membesar terlebih dahulu.

"Neema masih menyusu badan. Saya rasa tak bagus untuk saya bawa dia ke set penggambaran. Sekurang-kurangnya bagi dia besar sikit untuk saya kembali berlakon," ujar Natasha ketika ditemui di majlis sidang media Pusat Kecantikan Mary Chia.

Akui rindu untuk kembali berlakon, jelas Natasha, dia teringin untuk membawa watak yang lebih mencabar, sesuai dengan penampilannya yang sudah mengenakan hijab.

"Saya menunggu watak yang lebih mencabar seperti gadis bertudung yang buta atau sebagainya. Apabila dah pakai hijab ni, saya kena cari watak yang sesuai dengan penampilan saya. Kalau babak cinta tu, tak perlu pegang tangan pun, orang boleh rasa percintaan tu," ujar Natasha.

Tambah Natasha lagi, dia tak kisah wajahnya jarang dilihat di televisyen dan layar perak kerana dia mahu mengekalkan nilai eksklusif.

"Seronok juga untuk buat kemunculan ekslusif. Maknanya apabila orang sebut tentang kita, orang ingat tentang kita," jelas Natasha.

Dalam perkembangan lain, Natasha sebenarnya sibuk menguruskan perniagaan hijab dan pakaian muslimah Dreamcloud dan Lana Store. Malah, dalam sedikit masa lagi, Natasha akan muncul dengan rangkaian perniagaan baru yang diberi nama 'Numma Nuur'.

Natasha bakal muncul dengan filem terbaru arahan Woo Ming Jin berjudul 'Mamak Cupcake'.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 16-11-2013 06:54 PM
mmg ekslusif la smpai rupa ko pn aku dah x ingt cemana
Quote leader79 16-11-2013 06:59 PM
"Seronok juga untuk buat kemunculan ekslusif. Maknanya apabila orang sebut tentang kita, orang ingat tentang kita," jelas Natasha.


haha.. yer ker
Quote fizamn 16-11-2013 10:39 PM
aduyai... u are forgettable.. perasan bagai nak rak... hurmmm..
Quote cikiciku 16-11-2013 10:50 PM
Ekslusif lah sangat.. Choyyy
Quote kaynal2013 16-11-2013 10:54 PM
EKSLUSIF!!! tang mana tu specialnya... kenal pun dak wei..  sape plak nie...drama ape yg die berlakon..
Quote echo7 16-11-2013 11:03 PM
ekslusif ke?
Quote amyainsamad 16-11-2013 11:29 PM
Perasan ke apa ni???
Quote putehkundor 16-11-2013 11:32 PM
Dia ni kan pernah cuba nasib jadi penyanyi...
Tapi suaranya alahai....nan hadooo
Quote merahmerah 16-11-2013 11:34 PM
Penyanyi pun pernah, pemuisi pun penah. tapi sekali karya ciplak.

But if she really stay wearing her hijab and kekal berperangai sopan, iolss respectsla. Iolss yang bermuka jawa ni pun tak terbuat.
Quote mommymonster82 16-11-2013 11:35 PM
Mommy igt senyuman dia sweet..n mata dia yg berkaca...
Quote cmf_blingblings 16-11-2013 11:39 PM
Dia ada buat kemunculan jd front page majalah apa entah...lain gila muka dia, tak kenal mula2 tengok..
Quote emelia1509 17-11-2013 12:17 AM
fefeeling glamor sgt ke pompuan ni  
Quote mrsbob 17-11-2013 12:25 AM
Aku rasa dia lawa... Berbakat tu xtaulah...
Quote True-X 17-11-2013 01:27 AM
Nama dia naik time puisi ciplak tuh...pastu berhijab..terus semua puji ala lindungan kaabah giteww..naik jugakla sbb tuh..

Yg lain2..lakonan kaa nyanyian kaa..sendu sejuk beku jaa
Quote aderaderker 17-11-2013 01:34 AM
Jack of all trades are master of none..
Ni adalah satu cth terbaik..
Aku x tau dia ni nak dikategori sebagai ape..sume bidang nak sebat n rembat..
Tp still forgetable gaks...
Quote munchkin 17-11-2013 02:10 AM
jadilah apa pun yang nak jadi
Quote hasniey 17-11-2013 02:23 AM
dia ni muke cantik tp ai xigt dia pernah brlakon cite pe
yelah berlakon pon xhebat mne
Quote melinda_kerr 17-11-2013 02:50 AM
Kenapa dlm thread ni ramai tak suka dia? Rasanya sheol ok jer.. Confuse kejap
Quote shysari 17-11-2013 04:15 AM
Nak recall face dia jap...ermmmm mcm susah je nak ingat artis ni

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.178371 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top