|
Gara-gara pening memikirkan soal penjagaan kereta yang berusia tiga tahun, penyanyi Sufi Rashid mula berkira-kira untuk menggantikannya dengan yang baharu.
Bukan untuk memuaskan kehendak, namun Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 30, berkata, dia mencari kenderaan yang lebih sesuai digunakan untuk aktiviti hariannya. “Dah tiga tahun guna kereta ni, jadi nak jual sebab nak beli lain yang lagi baru... nak jaga lagi senang. “Kereta tak ada buat hal, sangat banyak berjasa selama tiga tahun. Kalau minor tu adalah, tapi bukan setiap bulan buat hal. Kereta continental memang high maintenance” katanya kepada mStar. Terdahulu, Sufi menerusi Instagram meluahkan hasrat untuk menjual kereta Audi S5 3.0 V6 dan meminta individu yang berminat untuk menghubunginya segera.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang kereta baharu yang bakal dibelinya, Sufi berkata, dia enggan berkongsi tentang perkara yang mungkin menimbulkan kecaman netizen. Kata Sufi, dia memilih untuk menukar kereta pada masa-masa yang sukar ini bukan bermaksud kewangannya sangat stabil, sebaliknya masih perlu bekerja keras untuk menjalani kehidupan.
|
lantak lah duit dia...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.092732 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.