Semua resah gelisah apabila ‘total lockdown’ diumumkan kerajaan. Walaupun pelaksanaannya disambut baik, kebenaran berniaga diberi kepada golongan peniaga kecil sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencetuskan kebimbangan. Mana tidaknya, kita takut orang ramai 'tidak lekat' di rumah. Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Datuk Fizz Fairuz yang menyuarakan kebimbangannya di Instagram. Berkongsi paparan berita ‘Penjaja kecil tidak perlu kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)’, Fizz mencadangkan semua pihak duduk di rumah, sama-sama susah seketika untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19.
"Dua minggu je, kita sama-sama susah kejap lepas tu kena sama-sama cari rezeki. Macam mana, tak begitu bang?" tulisnya. Meskipun ramai bersetuju dengan perkongsian Fizz itu, segelintir berpendapat pelakon terbabit tidak memahami kesusahan bakal dihadapi peniaga kecil seandainya dilarang berniaga. Melihat ruangan komen, Emelda Rosmila turut mempersoalkan PKP kali ini yang dilihat seperti tiada perubahan. - CARI
|
mclaren: Ish berapa umur dia niKenapa lain sangat pic solo kat atas tu dengan yang pic satu family? Tua 10 tahun pic atas tu
makadek replied at 3-6-2021 06:52 PM
Tolol ...tokey durian tu ...yg tk bole menjaja
Ni lah masanya kita demand ...biar mereput buah bia ...
Firis replied at 3-6-2021 06:58 PM
Bru pas beli durian sbb teringin sesgt,70 hengget sbjik bkn musang king pun udang merah jaa tu pun ...
mclaren replied at 3-6-2021 04:58 PM
Ish berapa umur dia ni
Kenapa lain sangat pic solo kat atas tu dengan yang pic satu family? Tua 1 ...
ADVERTISEMENT