|
Helah sekumpulan wanita di Amerika Syarikat untuk makan percuma gagal apabila mereka terpaksa kembali semula ke premis tersebut kerana tertinggal kunci kereta, lapor portal berita Metro UK kelmarin.
Kumpulan wanita itu enggan menjelaskan bayaran makanan yang dipesan dan bertindak meninggalkan restoran tersebut. Dalam kejadian itu yang dirakam dan dimuat naik dalam aplikasi TikTok dan Twitter, seorang pelayan restoran kemudian meminta keempat-empat wanita tersebut membayar bil makanan mereka. Mereka turut diperli oleh pengunjung lain ketika kembali ke tempat duduk dan diminta untuk menjelaskan bil masing-masing.
Dalam klip video itu juga, kedengaran seseorang berkata, kumpulan wanita itu terpaksa kembali ke restoran tersebut selepas salah seorang daripada mereka telah tertinggal kunci kereta. Keempat-empat mereka kemudian dilihat mengeluarkan dompet untuk membuat pembayaran. Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan. -CARI Sumber: Kosmo/Agensi
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.523229 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.