"Andai dapatku undurkan putaran dunia." Pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram meluahkan rasa sebak dan terharu mengenangkan adiknya, Elisya Sandha kini semakin dewasa dan matang. "Saya mahu anak kecil comel ini yang dulu selalu mengekori saya ke mana sahaja, dengar kata dan tidak pandai melawan cakap. "Tapi, apakan daya dia kini berusia 22 tahun dan saya perlu menerima hakikat bahawa dia kini memiliki kehidupan sendiri dan akan buat keputusan sendiri walaupun Angah (Fasha) bantah," ujarnya. Katanya Fasha, dia mungkin bukan seorang kakak yang baik dan mempunyai banyak kekurangan, garang dan beremosi. "Tapi saya nak kamu tahu bahawa jauh di sudut hati, saya akan selalu menyayangi dan mahukan yang terbaik buat kamu," katanya. Kelihatan Elisya juga sebak dengan hantaran kakaknya itu. "Suka buat orang touching, terima kasih Angah," ujarnya. Biasalah tu bila kadang-kadang datang mood emosi nak touching-touching antara adik-beradik kan? - CARI
|
irvene replied at 9-6-2021 10:18 PM
aku tak leh tgk fasha sekarang. very the selekeh yach!
irvene replied at 9-6-2021 10:18 PM
aku tak leh tgk fasha sekarang. very the selekeh yach!
Mamaperdana replied at 10-6-2021 06:17 AM
Kan... Beza masa dia dgn jejai dulu... Dulu very classy look... Now very the makcik.. qku rimas tg ...
Firis replied at 9-6-2021 02:17 PM
Keputusan apa yg fasha bantah tp tetap dilakukan itu?jeng jeng jeng
ADVERTISEMENT