Seorang ibu dituduh membunuh anak perempuannya berusia tiga tahun di bandar Saratov, Rusia. Anna Ruzankina didakwa melakukan pembunuhan dengan mengacah mahu mencampak anak perempuannya dari balkoni sebagai hukuman kerana menangis sebelum kanak-kanak itu terjatuh.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), kelihatan Anna menggantung Anastasia setinggi 60 kaki walaupun pada ketika itu mangsa merintih kepada ibunya kerana ketakutan sebelum terjatuh ke jalan sehingga mati. Anna dilihat seperti menggoncang tubuh anaknya yang sudah tidak bernyawa itu seolah-olah cuba menghidupkannya semula ketika membawa mayat mangsa kembali ke rumahnya di tingkat enam. Wanita tersebut dikatakan hanya memegang baju anaknya itu semasa dia berada di tepi balkoni rumahnya. Walau bagaimanapun, baju anaknya terkoyak dan menyebabkan kanak-kanak terbabit terjatuh.
Menurut Daily Star, seorang pejalan kaki yang berada berhampiran kawasan kejadian memberitahu dia mendengar suara kanak-kanak menjerit dari tingkat atas. "Ketika saya berpusing, saya ternampak seorang kanak-kanak perempuan sudah terbaring di atas jalan dan berlumuran darah. Saya berlari dan terus menghubungi ambulans." Anna ditahan polis kerana disyaki membunuh anak perempuannya dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 21 tahun jika didapati bersalah. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT