Penyanyi Ameng Spring terkilan apabila dituduh masih terlibat dengan gejala penagihan dadah ketika membuat persembahan secara langsung dalam laman Facebook Artise Voice Of Legend (AVOL) semalam.
Menganggap tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh menjejaskan namanya, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, membuat satu laporan polis terhadap dua individu di Balai Polis Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. “Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau perkataan saya ini mengganggu sesetengah pihak. Ketika saya membuat persembahan di AVOL semalam, ada orang komen negatif kata saya masih lagi hisap dadah. “Rasanya orang-orang yang berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap orang lain elok pergi mati sahajalah,” katanya menerusi satu hantaran video dalam Instagramnya. Dakwa pelantun lagu Sampai Hati itu, tidak mustahil individu yang memfitnahnya itu berkemungkinan terlibat dengan penagihan dadah.
“Mungkin dia sendiri yang hisap dadah. Jadi bolehlah saya buat laporan polis. Kita tengok nanti,” ujarnya. Menerusi laporan polis yang dibuat, Ameng berkata, tuduhan dua individu tersebut sudaj keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah kepadanya.
|
ADVERTISEMENT