View: 2400|Reply: 8
|
"Elok Pergi Mati Je Lah" - Bengang Dituduh Masih Menagih, Ameng Lapor
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ameng Spring terkilan apabila dituduh masih terlibat dengan gejala penagihan dadah ketika membuat persembahan secara langsung dalam laman Facebook Artise Voice Of Legend (AVOL) semalam.
Menganggap tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh menjejaskan namanya, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, membuat satu laporan polis terhadap dua individu di Balai Polis Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.
Kredit foto: IG Ameng
“Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau perkataan saya ini mengganggu sesetengah pihak. Ketika saya membuat persembahan di AVOL semalam, ada orang komen negatif kata saya masih lagi hisap dadah.
“Rasanya orang-orang yang berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap orang lain elok pergi mati sahajalah,” katanya menerusi satu hantaran video dalam Instagramnya.
Dakwa pelantun lagu Sampai Hati itu, tidak mustahil individu yang memfitnahnya itu berkemungkinan terlibat dengan penagihan dadah.
“Mungkin dia sendiri yang hisap dadah. Jadi bolehlah saya buat laporan polis. Kita tengok nanti,” ujarnya.
Menerusi laporan polis yang dibuat, Ameng berkata, tuduhan dua individu tersebut sudaj keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah kepadanya.
“Mereka telah memfitnah dan cuba hendak menjatuhkan nama baik saya dalam media sosial.
“Jadi, saya telah membuat laporan polis terhadap dua individu yang meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap saya sekali gus boleh menjejaskan pendapatan saya,” kata Ameng.
Dalam pada itu, Ameng komen kedua-dua individu tersebut bukan sahaja mendatangkan fitnah kepadanya, malah komen sebegitu dianggap mengaibkan.
“Lagi sekali maafkan saya jika kata-kata saya ini agak kasar. Untuk mereka yang suka berfikiran negatif, ingat satu jari kita tunjuk dekat orang, empat jari tunjuk dekat awak,” luah Ameng.
Terdahulu, ketika Ameng sedang membuat persembahan, seorang netizen telah meninggalkan komen mendakwa Ameng masih terlibat dengan penagihan dadah kerana dilihat mengacipkan giginya (ketap gigi) ketika membuat persembahan.
Komen individu tersebut kemudiannya disokong seorang lagi pengguna Facebook apabila meninggalkan kata-kata seolah-olah bersetuju Ameng kembali terlibat dengan gejala penagihan dadah.
Sumber: K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Ameng! report polis jer org2 negative mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Org tu dh berubah, x payahlah nk probok probok.
Bagilah sokongan, kalau x mampu bagi sokongan, diam adalah lebih baik dpd kuarkan kata2 yg bole jatuhkan semangat org… |
|
|
|
|
|
|
|
hakim kat India ada kata 'bila dua org gaduh salah sorang akan kata see u in court walaupun kes kecik2 ja' ujung2 ada 30juta kes pending kat Mahkamah India
takda kena mengena dgn cerita di atas |
|
|
|
|
|
|
|
Menda la..dah beliyau sudah insaf buat apa nak diungkit2 lagi..lg la hal hal sensitip cenggini.. beliau pun kalau boleh tak nak ingat dah kot..
Semua orang pernah buat silap...dah beliau kata dah insaf..terima aje la..kita bukan serumah ngn dia pun nak kecam lebih2..just my 2cent |
|
|
|
|
|
|
|
sebab marhaen kan mampoo lah ko nak meroyan nak repot polis saman bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
cuba kalau helang eh lebah dah sekarang ni yang tuduh kau hisap macam2? ada ko nak meroyan merempan busuk hati lah segala? |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg komen tu bekas ngisap gak kan tgk ayat dia kemain sebut kita taulaa kita pun bekas gak.
Walau depa guna bahasa kiasan cth masih cas lagi ke, kacip bagai tetap satu tuduhan ya.
Kalau betul ameng dah clean dan berubah jgn la probok2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|