CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berhenti, Kalau Tak Noorkhiriah Hantar Van Jenazah!

21-6-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2972| Komen: 9

Bosan dan bengang asyik didesak melakukan promosi atau reviu produk kecantikan membesarkan payudara, pelakon berkaliber Noorkhiriah Shapie menyelar peniaga terbabit agar cukup-cukuplah dan berhenti berbuat demikian.


Noorkhiriah menerusi hantaran dalam Instagramnya bertegas, dia masih dengan pendirian untuk tidak melakukan ulasan produk yang mempamerkan aset wanita sebagai pelaris tersebut walaupun ditawarkan bayaran tinggi atau terdesak dengan kekurangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Foto: IG

“Akak ulang balik apa yang pernah akak beritahu dulu sebab masih ada yang mesej (DM) minta akak review produk-produk sedemikian.

“Korang tak ada perasaan ke suruh akak review produk macam tu. Walaupun dalam ekonomi yang tidak berapa best sekarang ni, pendirian akak tetap tak nak review produk membesar, menegang dan peluk-peluk segala tu.


“Simpan malu tu dik. Sebab akak memang tak nak. Tak usahlah DM berpuluh kali walaupun korang bayar mahal,” tulisnya.



Pada hantaran sama, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie turut berseloroh untuk menghantar van jenazah dan mengutip semua produk berkenaan jika pemiliknya masih berdegil dan tidak putus-putus memintanya membuat ulasan atau mempromosikan produk sedemikian.



“Kalau tak ada rasa malu dekat diri sendiri, malulah dekat Allah. Maaf andai terasa tetapi ini adalah pendirian akak,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur itu pernah memberi amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak memintanya untuk reviu produk tidak senonoh dan berbaur lucah. –CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-6-2021 04:28 PM
Tak memberi impak
Quote slyfynx 21-6-2021 04:35 PM
Okay. Berita paham.
Next
Quote imransulaiman 21-6-2021 05:16 PM
Anak hilang hari tu sebab apa ye? Ada sesiapa yang tahu?
Quote ImpianSeroja 21-6-2021 05:46 PM
Xpe kak noor.. kalau tak nak..ngak usah dilayan
Quote eyansss 21-6-2021 08:35 PM
imransulaiman replied at 21-6-2021 05:16 PM
Anak hilang hari tu sebab apa ye? Ada sesiapa yang tahu?

uish…  anak dia pernah hilang meh?  dah jumpa dah?
Quote imransulaiman 21-6-2021 09:44 PM
eyansss replied at 21-6-2021 08:35 PM
uish…  anak dia pernah hilang meh?  dah jumpa dah?

Dah jumpa.. Baru je hilang. Keluar rumah tak bagitau. Tapi punca dan ke mana budak tu pegi takde update pun. Diam macam tu je..
Quote cheezel 21-6-2021 09:47 PM
bagus la cmtu. jgn jadi cm zara zya main promote je
Quote Perawankota 22-6-2021 06:06 AM
Baguslah mcmtu
Quote eyansss 22-6-2021 07:54 PM
imransulaiman replied at 21-6-2021 09:44 PM
Dah jumpa.. Baru je hilang. Keluar rumah tak bagitau. Tapi punca dan ke mana budak tu pegi takde u ...

merajuk membawa hati yang terluka kot...  ada la tu mak dia cakap something buat dia sentap...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.031281 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top