|
"Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini (bertudung)." Itu kata penyanyi popular Zizi Kirana ketika ramai dalam kalangan netizen sudah mulai memperkatakan mengenai imej baharunya yang dikatakan sudah bertudung atau berhijab.
Zizi, 36, ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu terlalu bercakap mengenai penampilan itu. "Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya. "Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.202758 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.