CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Nak Pergi Sekolah Macam Yang Lain' - Budak 7 Tahun Jaga Ibu Murung

26-6-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3916| Komen: 13

Seorang budak perempuan berumur tujuh tahun tidak bersekolah kerana menjaga ibunya yang mengalami penyakit kemurungan, lapor portal berita SuaraJabar hari ini.

Sinta Murni yang tinggal di  Desa Kroya, Kabupaten Indramayu menghabiskan masa untuk menjaga dan memenuhi keperluan ibunya, Nani, 37,  termasuk makan dan minum.



SINTA bersama seorang pegawai kebajikan masyarakat di hadapan rumahnya di Kroya. - AYOTASIK.COM/ISTIMEWA

Tidak tahu di mana bapanya berada, dia dan ibunya tinggal berdua di rumah mereka yang daif umpama pondok usang berukuran sekitar 4 x 5 meter.

Dinding rumah itu hanya satu perempat bahagiannya dibina daripada bata, manakala bakinya adalah bambu. Kediaman mereka juga berlantaikan tanah dan dua beranak itu tidur hanya beralaskan tikar.

Sinta dan Nani kerap dibantu jiran tetangga yang memberikan makanan kepada mereka. Sesekali, Nani keluar mencari barang kitar semula untuk dijual.


Kadang-kadang Sinta pula keluar mencari makanan untuk mengisi perut mereka. Seorang pegawai masyarakat, Adi Wijaya berkata, daripada maklumat yang diperolehnya, Nani menikah secara agama dan tidak pernah mendaftarkan pernikahan tersebut di  pejabat agama.

Nani dan suaminya kemudian dikurniakan tiga orang anak. Dua anak mereka dibawa pergi oleh suaminya, manakala Sinta tetap tinggal bersama ibunya.

Kehidupan harian mereka sukar dan serba kekurangan.

Keadaan mereka semakin daif sejak ibunya mengalami kemurungan beberapa tahun lalu sehingga tidak berupaya  mengurus anak dan mencari nafkah.

Nani dan Sinta selama ini tidak memiliki dokumen kependudukan apapun. Hal itulah yang membuat keduanya tergendala dalam menerima program bantuan pemerintah.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia  ingin bersekolah, Sinta mengaku sangat menginginkannya. 

“Saya ingin ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor,” kata Sinta.

Menurutnya, dia mahu menjadi doktor untuk merawat  dan membahagiakan ibunya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 26-6-2021 04:17 PM
Kesian adik ni. Berbeza dengan sorang tu siap rentas negara musim covid nak daftar anak masuk tadika.
Quote degrandlite 26-6-2021 04:37 PM
Allahu.. Kesiannya adik ni. Moga ada pihak yg bantu adik ni n mak dia. Dia deserve utk jalani kehidupan spt kanak2 biasa, pergi sekolah etc..
Quote Cece1234 26-6-2021 04:43 PM
Kesiannya..
Quote KIM.K 26-6-2021 04:46 PM
Semoga nasib adik ni terbela. Muda lagi dah tanggung emosi yang berat.
Harap boleh ke sekolah dgn bantuan kebajikan
Quote I.K.A888990 26-6-2021 04:58 PM
besar pahala adik ni jaga ibu even masih kecil xtau apa2 lagi
Quote 3480 26-6-2021 05:42 PM
Aku rsa salah satu kemurungan sbb laki dia blah bwk lg 2 anak.. rindu sgt tu kt anak2.. mungkin seblm ni laki dia yg kerja bla jd gini dia murung terus.. ketahanan mental fizikal setiap manusia x sama. Ada yg bole hadap ada yg tak..
Kesian sgt.. semoga dipermudahkan urusan adik ni n ibunya
Quote kaedahnya 26-6-2021 10:50 PM
nama ngam sangat dengan keperibadian. semoga membesar menjadi orang berguna & berjaya dunia akhirat ye anak.
Quote dreamcatcher 26-6-2021 10:54 PM
Wpun adik ni ketinggalan dlm pelajaran, tp ilmu hidup dia tinggi. Awal  dah jaga ibu.
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 04:21 AM
Kesiannya adik... muda2 dia yang kena jaga ibu... moga ada yang menjaga keperluan kedua beranak ni
Quote supernaturalee 27-6-2021 11:33 AM
kaedahnya replied at 26-6-2021 10:50 PM
nama ngam sangat dengan keperibadian. semoga membesar menjadi orang berguna & berjaya dunia akhirat  ...

Sinta Murni
Kemain nm
Semurni cinta pd ibunya



Kt msia x kurg jgk, ada syinta gila

Quote Artemesiaa 27-6-2021 11:39 AM
Kesiannya budak sekecil tu elok bagus dibebankan dengan urusan orang dewasa
Quote Olumis 24-8-2021 02:53 PM
Kesian anak kecil ni
Quote edayildiz 24-8-2021 04:30 PM
kesiannya murni..dah viral gini msti ada ramai turun padang..semoga cita2 adik nk jd doc tercapai..kalau kt malaysia ada ebit liew..kat sana takde ke?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035125 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top