Polis mengenal pasti seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul di kawasan tangga yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata remaja terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu kes berkenaan.
Beliau berkata dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya itu, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun cedera di kepala dan badan selepas dipukul remaja perempuan lain yang cemburu dengan hubungan mangsa dengan abang angkatnya. “Pengadu membuat laporan polis pada 9.26 malam semalam berhubung kejadian itu dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat dipukul suspek yang berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun yang juga rakan sekolahnya. ‘’Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakamkan perbuatan suspek serta menularkannya kepada beberapa kumpulan WhatsApp dan laman instagram milik suspek,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan meminta orang ramai agar tidak menularkan video itu lagi. Sebuah video berdurasi 2.19 saat itu tular di Twitter menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh seorang remaja perempuan lain dan disaksikan tiga orang rakannya di satu kawasan tangga. Sumber: BERNAMA
|
tumpanglalu74 replied at 28-6-2021 07:59 PM
Kan aku cakap generasi bohsia telah membuahkan hasil sebegini..
white_musk replied at 28-6-2021 08:30 PM
Takkan la bohsia pakai tudung...
immaryjane replied at 28-6-2021 08:03 PM
Laju org msia buat kje. Dlm sehari berpuluh ribu dh followers dia. Senyap je bdk ni, dh ke dalam ke? ...
ADVERTISEMENT